SPR tolak dakwaan pendaftaran berganda
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan pendaftaran berganda dalam daftar pemilih melibatkan pengudi di negeri Sabah, Sarawak dan Selangor yang ditimbulkan anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof menolak dakwaan "penipuan" itu dan menjelaskan bahawa perkara itu merupakan permohonan sah melibatkan pengudi Sabah dan Sarawak yang memohon untuk bertukar alamat ke Selangor.
Dalam penjelasannya kepada Malaysiakini, Abdul Aziz berkata proses permohonan itu mengikut proses semakan atau pengesahan biasa oleh Jabatan Pendaftaran Negara
Selepas nama berkenaan dipamerkan selama seminggu, pertukaran alamat itu akan digazetkan menjelang pertengahan Mac sekiranya tiada bantahan, kata Abdul Aziz lagi.
Tambahnya, nama pengundi yang berjaya menukar alamat akan dipadamkan daripada daftar pemilih di Sabah dan Sarawak dan dikekalkan dalam daftar pemilih di Selangor.
"SPR tidak pernah secara sengaja membuat pendaftaran berganda dan kami berusaha kera untuk membersihkan daftar pemilih pada setiap masa," kata Abdul Aziz lagi.
Dakwaan berkenaan ditimbulkan oleh anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin semalam yang mendakwa seramai 24,105 pengundi di Sabah dan Sarawak telah didaftarkan dua kali di Selangor dalam daftar pemilih yang dikemaskini sehingga suku pertama 2012.
Ketika ditanya media, Maria bagaimanapun tidak menjelaskan kes tersebut secara terperinci dan berkata perkara itu akan didedahkannya dalam sidang media selepas ini.
Beliau juga mendakwa pendaftaran berganda ini wujud dalam daftar pemilih yang digazetkan pada suku pertama 2012, namun Abdul Aziz berkata senarai itu hanya akan digazetkan pada Mei.
http://malaysiakini.com/news/194895
0 Komen :
Post a Comment