BlogList Malaysia

13 April 2012

Demi Maruah Raja-Raja Melayu.. Hasan Jati Patut Bertindak Segera..

Sepucuk surat yang dikirim dari London, United Kingdom mendakwa sebiji pinggan yang digunakan semasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara semalam rupanya berharga RM6000 sebiji!

Padahal pinggan yang digunakan untuk majlis pertabalan Tuanku Mizan Zainal Abidin cuma berharga RM300 sahaja.

Apakah ada unsur penyelewengan sehingga harga sebiji pinggan menyamai gaji seorang pengurus?

Ikuti surat yang dihantar melalui emel kepada Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
__________________


Saya berada di UK.

Satu email telah dihantar kepada saya.

Saya berharap jika ada dalam kalangan yang terlibat dengan SPRM di Malaysia, tolong siasat sejauh manakah kebenaran surat ini.

Ia membabitkan harta awam.

Nama-nama yang terlibat dipadamkan.

Berikut adalah surat tersebut;
_____________________

Salam Dr,

Saya ingin menarik perhatian Dr kepada satu isu terbaru.

Isu ini adalah mengenai penyalahgunaan kuasa dan amalan 'kickback money' yang semakin manjadi-jadi oleh pegawai Kerajan Persekutuan yang berkhidmat di Istana Negara.

Sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda, adalah menjadi amalan bagi pihak Istana untuk memberi Pingggan Pertabalan sebagai cenderamata kepada tetamu yang hadir pada hari tersebut.

Bagaimanapun bagi Majlis Pertabalan SPB baru-baru ini, pinggan pertabalan yang dibekalkan telah mencecah harga RM6 ribu sebiji..!

Pesanan adalah sebanyak 1000 biji.

Jadi kos keseluruhan adalah RM6 juta...!

Memang benar pinggan pertabalan biasa dihiasi dengan emas, tapi walaupun begitu, harga RM 6 ribu sebiji adalah jumlah yang melampau..

Sebagai perbandingan, pinggan santapan Istana Negara, juga yang disalut emas, yang baru dibeli tetapi MELALUI TENDER JPM adalah kurang dari RM 240 sebiji sahaja...

Di masa Tuanku Azlan Shah dan Tuanku Mizan pun, harga Pinggan Pertabalan tidak sampai RM 300 sebiji.

Cuma pada masa ini, pegawai (tidak) bertanggungjawab tersebut menjadikan harga Pinggan Pertabalan melonjak setinggi-tinggi nya disebabkan oleh amalan 'kickback money'.

Harap perkara ini dapat menarik perhatian Dr untuk diketengahkan agar pihak yang diamanahkan sebagai pegawai Kerajaan tersebut tidak hanyut mindanya sehingga memikirkan yang Istana Negara itu milik mereka dan bajet kerajaan itu adalah hak mereka.. insyallah...

Wasallam,

KLIK SINI
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/tu-dia-pinggan-berharga-rm6000-sebiji.html

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/tu-dia-pinggan-berharga-rm6000-sebiji.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas