BlogList Malaysia

01 March 2012

Sikap berpura-pura Dr M terdedah

PETALING JAYA: Pendedahan surat-surat yang ditulis Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel – Yitzhak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak mengesahkan kebenaran dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membuktikan sikap berpura-pura Dr Mahathir selama ini.

“Ketika mantan perdana menteri itu sering tampil dengan imej luaran yang mengambil sikap keras dengan Israel dan memfitnah Anwar sebagai ‘pro-Yahudi’, secara senyap-senyap beliau mengambil pendekatan berbeza dengan pemimpin Zionis.”


Setiausaha Agung PKR Dato’ Saifuddin Nasution Ismail menegaskan demikian dalam satu kenyataan media hari ini sebagai merujuk kepada laporan akhbar tempatan yang mendedahkan surat-surat Dr Mahathir itu.

Menurut beliau, media milik Umno-Barisan Nasional (BN) menyerang Anwar dengan begitu lantang berhubung kenyataan Anwar ketika diwawancara Wall Street Journal mengenai isu Palestin-Israel baru-baru ini.

Katanya, dalam wawancara itu Anwar menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

“Kemahuan ini merangkumi Baitul Muqaddis sebagai ibu negara Palestin, kepulangan pelarian Palestin, penghentian penerokaan tanah dan pengiktirafan negara Palestin yang merdeka oleh Israel.

“Anwar juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Namun Anwar juga menolak hubungan diplomatik dengan Israel di dalam wawancara tersebut,” ujar Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang.

Beliau berkata, Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan PM-PM Israel dan menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara Malaysia dengan Israel. Malah hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan di dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin.

“Sikap ini diteruskan oleh pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak yang melantik APCO sebagai perunding mereka.

Antara penasihat APCO merupakan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel.

Kerajaan Malaysia juga katanya, selama ini mengambil sikap berat sebelah di dalam isu Palestin dengan hanya mengiktiraf Fatah, tanpa mengambilkira Hamas yang telah dipilih rakyat Palestin.

“Ini membuktikan kerajaan Umno-BN tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel,” tegas beliau.

Kata Saifuddin, pendedahan ini telah mengesahkan apa yang dikatakan PKR selama ini. Mahathir dan Najib harus menghentikan kepura- puraan ini.

“PKR akan terus menyokong usaha mencapai perdamaian yang berkekalan di Timur Tengah dan keadilan buat rakyat Palestin,” tambahnya.

http://www.freemalaysiatoday.com/2012/03/01/sikap-berpura-pura-dr-m-terdedah/


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas