Akibat dikelilingi oleh puak-puak yang jahil hukum agama termasuk ulama' muda maka pertubuhan yang kononnya mengaku memperjuangkan Melayu, PERKASA yang memperjuangkan memperjuangkan Islam, tak tahu waktu-waktu yang diharamkan untuk melakukan solat sunat.
Kononnya mengejarkan pahala sebaliknya dosa haram yang mereka dapat.
Inilah contoh bagaimana Islam dipolitikkan untuk menunjukkan kononnya mereka sebagai pejuang Islam, namun kebodohan mereka terserlah menjadi gelak ketawa rakyat yang melihat.
Untuk pengetahuan Brahim Katak, Solat Hajat merupakan Solat Sunat Mutlaq antara lain seperti solat sunat Taubat yang merupakan solat sunat yang boleh dilakukan bila-bila waktu sahaja, selain dari waktu yang ditegah bersolat (eg: sewaktu matahari tegak, terbit, terbenam, selepas subuh dan selepas solat Asar).
Sabda Nabi Sallallahu ‘alahi wasallam-; “Tidak ada solat selepas solat subuh hingga matahari meninggi dan tidak ada solat selepas solat asar hinggalah matahari terbenam” (HR Imam al-Bukhari dari Abi Sa’id al-Khudri, Bab La Tataharra as-Solah Qabla Ghurub as-Syams).
Abu Hurairah menceritakan; “Rasulullah menegah dari mengerjakan solat selepas asar hingga terbenam matahari dan selepas subuh hingga terbit matahari” (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah. Bab al-Auqat allati Nuhiya ‘an as-Solah fiha).
Maklumlah Brahim katak dikelilingi golongan yang jahil agama seperti ini!!!!
http://karatijau.blogspot.com/2012/01/panassvideo-penyokong-perkasa-lari.html
0 Komen :
Post a Comment