BlogList Malaysia

09 December 2011

Tak Sangka Anak Mahathir Sorang Ni Bijak Betul La Kepala Otaknya..

Pemimpin BN mahu undur dicadang ikrar di hadapan ahli parti


MELAKA, 9 Dis ― Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Mukhriz Dr Mahathir mencadangkan agar pemimpin Barisan Nasional berikrar di hadapan anggota peringkat bahagian sekiranya berhasrat untuk mengundur diri bagi memberi laluan kepada muka baru pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata itu adalah satu langkah telus bagi menjelaskan pendirian seseorang pemimpin yang mahu memberi laluan kepada calon yang mampu membawa kemenangan kepada BN.


Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Showcase Satu Daerah Satu Industri di sini hari ini, Mukhriz (gambar), yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata jika pemimpin di sesuatu kawasan itu dapat melakukan ikrar di hadapan anggotanya, ia akan memberi impak besar terhadap perjalanan parti.

“Mereka tidak harus terasa hati sekiranya tidak dicalonkan kerana terdapat ramai calon yang mampu membawa kemenangan kepada parti di sesuatu kawasan,” katanya dipetik Bernama Online.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas