KUALA LUMPUR 23 Dis: Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, beliau hairan dengan sikap Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menafikan isu berkaitan National Feedlot Corporation (NFC), malah seolah tidak mengetahui aktiviti penyelewengan yang dilakukan suami dan anak-anaknya.
Fariz berkata, penafian itu memperlihatkan bahawa Shahrizat tidak layak menjadi seorang menteri, apabila tidak tahu menahu dalam tindak tanduk suami dan ahli keluarganya.
“Malah menjadi seorang isteri dan ibu pun beliau gagal apabila meletakkan kesalahan kepada suami dan anak-anak apabila tersepit dengan skandal NFC tersebut demi survival politik beliau,” kata Fariz dalam satu kenyataan.
Shahrizat dalam kenyataannya kelmarin berkata, beliau ‘hanya seorang isteri’ kepada Pengerusi Eksekutif NFC, dan dari sudut perundangan, beliau tidak terlibat dengan syarikat berkenaan.
Mengulas lanjut, Fariz berkata, selain tidak boleh dianggap contoh sebagai ibu mithali, Shahrizat juga gagal menunaikan tanggungjawab sebagai Ketua Wanita Umno.
“(Shahrizat) membohongi seluruh ahli wanita Umno diseluruh Malaysia dengan isu Skandal NFC kononnya tanpa pengetahuan beliau sebagai menteri, isteri dan ibu.
“Jingga 13 mendesak agar Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan dengan segera dan negara tidak wajar mempunyai seorang menteri yang sememangnya tidak layak menguruskan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,” tegasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24728
Bapa didakwa lilit leher, lambung anak ke katil
4 hours ago
0 Komen :
Post a Comment