BlogList Malaysia

05 November 2011

Suruh Duduk Diam-Diam Tak Nak.. Kan Dah Kena Batang Hidung Sendiri..

Dr M biarkan anak sokong “Seksualiti Merdeka 2011?”
Mempromosi dan mengiktiraf pengamal seks songsang

Isu “Seksualiti Merdeka” sebenar sudah bertapak di Malaysia sejak 2008 lagi. Agak menghairankan kenapa baru sekarang kerajaan BN mahu menyekatnya.

Begitu juga isu murtad, ia dah lama berlaku, tut-tut baru ni kerajaan UmnoBn berselindung disebalik NGO membuat perhimpunan sejuta rakyat konon nak bantah gulungan bukan islam memurtadkan orang Islam.

Sepatutnya nak bercakap isu murtad bincanglah di parlimen, bukan di stadium!! Bab nak menegakkan hukum Islam ni orang Melayu (Islam) dah tentu sokong, tak payah nak berarak di stadium, bincang terus di parlimen bersama AP muslim mahupun bukan muslim. Perjuangan melaksanakan hukum Islam yang dibawa oleh Ahli Parlimen PAS sebelum ini sering di bantah oleh wakil2 Umno. Bila mereka ni nak buang perangai buruk itu entahlah!


Justeru apabila perjuangan menentang murtad oleh Umno melalui NGO mereka, dibuat di stadium, nampak sangat kebengapan dan kebangangnya mereka. – tindakan mereka menyerlahkan lagi sikap hipokrit, mengada-ngada, mencari publisiti murah dan yang paling penting ialah nak menarik sokongan orang Melayu yang dah banyak benci dengan Umno dan kerajaannya.

Berbalik kepada isu “seksualiti merdeka ini” . Kerajaan Umno Bn seolah-olah baru terkejut dari mimpi, setelah melihat banyak bantahan dari rakyat. Amat dikesali apabila perhimpunan songsang yang nak dilancarkan pada 9/11/2011 ini mendapat sokongan segelintir badan NGO, Amat tidak wajar juga apabila aktiviti tersebut telah disokong oleh Majlis Peguam Negara yang diketuai oleh S.Ambiga.

Dan lebih malang, anak bekas Perdana Menteri sendiri Marina Mahathir yang beragama Islam turut serta sebagai penyokong kuat perhimpunan “seksualiti merdeka” (seks bebas tanpa mengira jantina)

Tun Mahathir yang kononnya bekas pemimpin Islam, bekas perdana menteri yang beragama Islam, bekas pemimpin Malaysia yang kononnya sebuah negara Islam hari ini menunjukkan sikap hipokritnya sekali lagi. Semasa pemerintahannya dulu dia halalkan arak dan judi, hari ini,... mari kita dengar kenyataannya berkaitan seksualiti merdeka – cakap tak serupa bikin !

Ini petikan ulasan Dr.Mahathir mengenai Seksualiti Merdeka 2011,
"Saya tidak fikir kita perlu perkara seksualiti ini. Ia harus diharamkan. Itu pun kebebasan bersuara perlu ada had. Kita mesti ada peraturan berkenaan konsep perkahwinan, konsep keluarga dan perlu pegang kepada nilai-nilai mulia yang kita amalkan sekarang," katanya.

– BERNAMA

http://rahimho.blogspot.com

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas