22 November 2011

Anak Najib berundur sebagai pengarah Harvest Court

Anak kedua perdana menteri, Nazifuddin Najib telah meletak jawatan sebagai pengarah Harvest Court Industries Bhd.

Dalam pengumuman yang disiarkan laman web Bursa Malaysia, Nazifuddin dilaporkan melepaskan jawatannya sebagai pengarah bukan eksekutif Harvest Court.

Namun, pengumuman itu juga berkata, Nazifuddin, 28, masih memiliki 3982000 saham biasa dalam syarikat itu, atau kira-kira 1.7 peratus daripada jumlah saham syarikat berkenaan.


Pagi semalam, saham-saham Harvest Court terus melonjak kepada RM1.56, dengan 1.1 juta saham diniagakan, menjadikannya antara kaunter saham paling untung selepas kerugian dua hari lalu.

Nazifuddin dan Harvest Court menjadi tumpuan selepas dilaporkan harga saham syarikat itu melonjak kepada paras tertingginya dalam 11 tahun selepas pelantikan anak perdana menteri itu sebagai lembaga pengarah syarikat bulan lalu.

Harga sahamnya mencecah RM2.14 minggu lalu, iaitu 2,575 peratus lebih tinggi daripada harga 8 sen yang dicactatkan pada bulan Oktober.

Menurut laporan The Edge Financial Daily, pada 8 November lalu, Nazifuddin dan rakan niaganya, Raymond Chan beliau dilantik sebagai pengarah Harvest Court Industries pada 28 Oktober lalu.

Chan dilaporkan mengambil alih kepentingan 13.83 peratus.

Nazifuddin, 28, merupakan anak lelaki Datuk Seri Najib Razak, hasil perkongsian hidupnya dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.

Pasangan itu bercerai pada tahun 1987. Najib kemudiannya berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor.

Manakala Chan pula, seorang ahli perniagaan yang aktif di Sabah. Beliau memiliki sebahagian besar saham dalam Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, yang membangunkan pusat membeli-belah 1Borneo di Kota Kinabalu. Nazifuddin juga adalah pengerusi Sagajuta.

malaysiakini.com

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas