Sekelip mata, ‘jembalang’ pemimpin Umno boleh berubah wajah dan watak dari asalnya benci dan anti dengan hukum yang berkaitan Islam dan undang-undang murtad di negara ini, tiba-tiba hari ini menyokong ‘Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah’ anjuran Himpunan Pertubuhan-pertubuhan Islam (Himpun) pada 22 Oktober ini di Stadium Shah Alam.
Tapi ramai tidak pelik dengan perubahan kulit pemimpin Umno itu kerana ianya sekadar umpan untuk meraih kepentingan peribadi dan mendapat sokongan pilihanraya yang hilang dalam Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas.
PRU ke-13 sudah menjelma, sudah tentu Umno akan mengambil peluang ini untuk berlakon, konon mereka adalah pembela kesucian agama Islam di negara ini.
Tapi kita jangan lupa, wajah Umno yang serupa ketika Presiden PAS, Datuk Seri Tuan guru Abdul Hadi Awang membawa usul di parlimen mendesak kerajaan menggubal undang-undang perihal murtad, namun tiada seorang pun dari kalangan menteri dan anggota parlimen Umno yang mengaku pembela Islam telah menyokong usul berkenaan sehingga ianya ditolak oleh Speaker ketika itu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, PAS sehingga kini sudah mengemukakan dua kali usul persendirian di parlimen mendesak kerajaan menggubal undang-undang murtad.
Katanya yang dipetik dari Harakahdaily, usul tersebut dibawa Presiden PAS, namun Umno ketika itu tidak pula menyokong.
“Tanpa ada menteri atau anggota parlimen Umno yang menyokong menyebabkan usul persendirian itu tidak diterima Speaker.
“Ini menggambarkan sudah lama PAS mendesak kerajaan pusat menggubal undang-undang mencegah murtad dan ia bukan perkara baru.
“Undang-undang murtad juga sudah terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II). Jadi tidak berbangkit Kelantan tiada undang-undang mencegah murtad,” ujarnya menjawab soalan tambahan Datuk Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) dalam sidang Dun Kelantan semalam.
Jelaslah, Umno sebuah parti yang hipokrit yang mengambil peluang atas isu yang bergolak, tidak kira agama atau perkauman, demi kepentingan peribadi dengan harapan dapat menangguk di air keruh mendapat sokongan Melayu yang semakin hilang kepercayaan terhadap mereka mutakhir ini.
Warkahdaily
19 October 2011
Umno Hanya Berlakon Menyokong Himpunan Sejuta Umat
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment