"Ini belanjawan yang beri pukulan kepada pembangkang. Jadi saya turut alu-alukan dan gembira walaupun ekonomi luar dan dalam tidak menentu tetapi kerajaan tetap berani kemukakan belanjawan yang cukup berani," kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali. -- Pukulan kepada pembangkang? Aku tak faham napa dia nak kaitkan bajet 2012 dengan pembangkang? Apa yang penting ialah dia ulas bajet neh dari segi kebaikan kepada rakyat. Apahal lak dia nak kaitkan bajet neh dengan anti dia kepada pembangkang?
Zahrain Hashim ialah bajet kerajaan kali ini benar-benar memberi kesan untuk ekonomi berkembang lebih maju. "Tetapi belanjawan yang dikemukakan oleh pihak pembangkang adalah satu khayalan saja kerana (Ketua Pembangkang) Anwar Ibrahim bukan seorang pakar ekonomi. "(Bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri berpendapat Anwar tidak tahu mengenai ekonomi, sebaliknya beliau hanya berbohong. "Oleh itu, beliau disaran menyimpan Buku Jingga berkenaan dan tidak perlu menyebutnya lagi," katanya. -- Neh satu lagi oak senget. Nak komen pasal bajet najib tapi babitkan anwar ibrahim perhal? Kan dua benda neh berbeza? Apa kebaikan pada bajet 2012 itu yang patut ko focus, neh tak pasal2 melalut komen pasal anwar pembohong dan etc. Apa kena mengena anwar dengan bajet 2012? Takde kena mengena pun. Bajet pr lain, bajet bn lain, ulaskan lah dengan pro. Janganlah merepek je 24jam. Anwar pembohong? So.. benda neh ada kaitan dengan bajet ka? Dia neh lari topik betul. Orang suruh ulas pasal bajet bn tapi dia melalut citer pasal buku jingga. Haitt.. dah makan ubat ke blom?
Zulkifli Noordin berkata: "Belanjawan kali ini membuat saya teruja dan kagum, saya anggap ia syumul (menyeluruh) dan merangkumi semua struktur, semua lapisan rakyat daripada yang kecil sampai dewasa daripada miskin kepada berada. Daripada swasta, kerajaan dan pasukan keselamatan kepada kakitangan awam dan ia menyentuh semua."
Zulkifli berkata, beliau juga kagum sebab penyangak dan penyamun boleh mendapat faedah menerusi bantuan peguam daripada Yayasan Guaman Kebangsaan. "Maknanya, semua yang masuk mahkamah dapat bantuan. Ini tidak pernah berlaku di tempat lain. Rakyat perlu hargai kerana ia bajet rakyat," katanya. -- kah kah kah. Kepala hotak kau. Benda neh dah lama di luar negara. Neh mesti tak pernah tengok drama csi, laws and justice dan boston apatah.. dah lama dah.. drama tue.. peguam percuma kepada mereka yang tidak mampu dah lama wujud di luar negara, si zul neh nampak sangat penipu. Lagi satu melabelkan orang yang belum didapati bersalah sebagai penyangak adalah melampau. Bukan seme orang yang tak dapat bayar yuran guaman dan upah peguam tue penyangak. Ingat seme yang tak mampu / miskin = penyangak ke apa? Razak baginda kaya raya dan mampu bayar yuran guaman tapi dia pun penyangak gak pa. Khir toyo pun penyangak gak pe. Sengal betul peguam neh.
Dorang neh memang muka wajib tayang dalam utusan dan tv3 setiap kali ada apa2. Aku rasa wakil rakyat bn seme dah mampos kot.
Disesuaikan dari amenoworld
0 Komen :
Post a Comment