BlogList Malaysia

01 October 2011

MCA Bodoh..

MB: MCA cetek kefahaman tentang skim tanah baru

SHAH ALAM 1 OKTOBER - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas kenyataan Ketua Jabatan Aduan dan perkhidmatan awam MCA Selangor, Theng Book yang mendakwa kerajaan negeri pimpinannya, menipu penduduk dengan bayaran premium terlalu tinggi bagi memiliki rumah.

Khalid menyifatka kenyataan yang dikeluarkan itu lebih bersifat politik dan MCA hanya akan terdidik mengenainya jika mentadbir sebuah kerajaan negeri.

“Saya rasa kenyataan MCA itu adalah kenyataan politik yang akan kita terangkan jika mereka menjadi kerajaan. Itu sebab dalam kerajaan yang lepas semua keputusan berkaitan tanah dipolitikkan, bukan memberikan tanah dengan cara terbaik untuk masyarakat,” katanya.


Beliau menambah, perkara ini sudah dimaklumkan kepada pegawai kerajaan negeri selain meminta semua pegawai daerah untuk menerangkan situasi sebenar supaya rakyat tidak terkeliru dengan mainan politik pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, MCA Selangor menuduh exco kerajaan negeri khususnya dari DAP mengelirukan orang ramai tentang skim sekali bayar RM1,000 untuk mendapatkan pajakan 99 tahun bagi hakmilik tanah kediaman.

Jelas beliau, polisi yang dikeluarkan berhubung masalah premium tanah di negeri ini merupakan satu alternatif yang dibuat oleh pimpinan negeri untuk memudahkan rakyat dan terserah kepada mereka untuk membuat keputusan.

“Saya rasa dia kurang faham perkara ini. Saya sudah meminta pegawai saya untuk menerangkannya kerana tahan kefahamannya amatlah cetak mngenai perkara ini. Saya juga minta pegawai daerah untuk menerangkan perkara ini.

“Salah satu daripadanya kita bagi pilihan, maknanya kalau dia ingin ikut cara lama dia boleh pilih,” katanya.

Polisi hak pemilikan tanah ini merupakan usaha yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor memandangkan rakyat di negeri ini menghadapi masalah menjelaskan bayaran premium tanah.

Melalui skim ini, rakyat yang tidak mampu menjelaskan keseluruhan premium tanah boleh menjadi pemilik hartanah yang sah dengan hanya membayar bayaran sejumlah RM1,000. Mereka yang memilih cara ini perlu menjelaskan keseluruhan premium (mengikut harga semasa) jika hartanah itu dipindahmilik, dipajak atau digadai.

Abdul Khalid menambah, sikap dan tahap pemikiran yang rendah merupakan antara faktor ramai yang keluar meninggalkan MCA.

“Akibat tahap pemikiran rendah, oleh sebab itu ramai yang sudah lari dari MCA sebab yang tinggal itu tidak betul,” katanya.



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas