Apakah kewajaran Ketua Polis Negara yang secara terang-terangan menyatakan berpendirian beliau tentang kedudukan sebuah parti politik, Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang, padahal beliau merupakan penjawat awam yang memerlukan sikap profesional yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan tugasnya.
Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (gambar) dilaporkan mengeluarkan pandangan secara terbuka bahawa kerajaan BN boleh kalah dalam pilihan raya umum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik.
Kenyataan seperti itu sepatutnya tidak keluar oleh seorang kakitangan kerajaan yang berkhidmat bukan kerana parti pemerintah.
Apakah beliau tidak boleh membezakan antara parti politik dan kerajaan yang memerintah? Padahal beliau dibayar gaji melalui wang yang dimiliki rakyat keseluruhan, bukannya daripada ahli Umno-BN.
Dipetik dari Harakahdaily, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pendirian Ismail Omar itu menampakkan sangat KPN itu berkhidmat untuk Barisan Nasional (BN) kerana memperlihatkan kebimbangan Umno-BN akan kalah dalam pilihanraya akan datang.
“Apa masalah kepada pasukan polis kalau BN kalah? Mengapa Ketua Polis Negara nampak risau sangat?
“Saya harap sangat tidak ada kaitan dengan apa yang disebut oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) bahawa sudah jadi parti perasuah,” kata Mahfuz.
Mahfuz mempersoalkan, mengapa Ketua Polis Negara sibuk sangat sama ada BN menang atau kalah?
“Kalau Ismail dah terlupa, rakyat perlu bangkit beramai-ramai untuk mengingatkannya bahawa tugas polis menjaga kepentingan negara dan rakyat, bukan menjadi suruhan BN dan menjadi pengawal keselamatan parti itu.
“Polis sepatutnya dilihat tidak memihak,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang menyifatkan Ketua Polis Negara itu memperlihatkan dirinya lebih Umno dari Umno.
Mahfuz juga mempersoalkan apa perlunya pihak polis mengadakan sesi memerah otak, diskusi dan juga forum sehingga berbulan-bulan lamanya sebelum ISA dan lain-lain undang-undang darurat dihapuskan.
“Adakah polis sudah mengambil alih tugas Jabatan Peguam Negara?
“Kerja polis bukan menggubal undang-undang, kerja polis menguatkuasakan undang-undang,” katanya.
Sambil mengakui pihak polis boleh dipanggil untuk memberikan pandangan dalam penggubalan sesuatu undang-undang yang berkaitan dengan bidang kuasanya, Mahfuz berkata adalah pelik kalau Ketua Polis Negara pula yang nampak lebih sudu dari kuah.
Beliau juga berharap Ismail mengurangkan kenyataan-kenyataan yang boleh memudaratkan dirinya sendiri.
“Sekarang semakin ramai yang menuduh (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kelihatan lebih tidak cerdik dari (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi).
“Saya harap Ismail lebih berhati-hati agar beliau tidak popular dengan tuduhan tidak cerdik seperti Abdullah,” katanya.
-warkahdaily
27 September 2011
Kenapa Ketua Polis bimbang BN kalah dalam PRU-13?
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
alat bn
,
mahfuz omar
,
pdrm
,
pru13
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment