BlogList Malaysia

15 August 2011

Seronok Sangat Ke Bila Utusan Meloya Petik Kenyataan Kita??

Nasrudin terus desak pimpinan Pas

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Sambil menegaskan bahawa masalah murtad adalah isu akidah yang melepasi sempadan politik, Dewan Pemuda Pas Pusat sekali lagi mendesak pucuk pimpinan parti itu supaya membuat pendirian rasmi berhubung isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, akidah adalah soal masa depan ummah yang akan dihisab di akhirat kelak dan perlu ditangani oleh seluruh umat Islam di negara ini, khususnya yang diamanahkan menjadi pemimpin.

Katanya, murtad kini menjadi ancaman serius kepada kemuliaan agama Islam di Malaysia dengan data Mahkamah Syariah menunjukkan seramai 863 individu Islam telah memohon untuk menukar status agama mereka sejak 2000 hingga tahun lalu.


Beliau mengulangi pendirian Dewan Pemuda Pas Pusat menyokong penuh tindakan JAIS memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat terdapat cubaan memurtadkan 12 individu Islam walaupun dikecam pihak tertentu dalam parti berkenaan.

Nasrudin juga tidak berganjak daripada pendirian terdahulu yang tegas tidak mahu menggadaikan maruah Islam hanya kerana kepentingan politik, apabila terus berikrar untuk menjadi benteng mempertahankan akidah umat Islam.

"Kami bersedia memberi kerjasama kepada semua pihak untuk menjadi benteng mempertahankan akidah umat Islam dan kita konsisten dalam perkara ini. Komitmen ini selaras dengan dasar perjuangan Pas," kata Nasrudin dalam blognya, http://www.eperjuangan.com, hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, Nasrudin menjadi mangsa terbaru selepas Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang dikecam pemimpin Pas pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana beliau mengeluarkan kenyataan keras mahu mempertahankan akidah umat Islam sekalipun dengan darah dan nyawa.

Dalam pada itu, bagi memastikan masalah murtad tidak menjadi barah kepada umat Islam pada masa hadapan, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat itu mendesak agar kerajaan meluluskan Akta Murtad dengan segera dan menjadikan mata pelajaran Pengajian Islam sebagai subjek wajib lulus. - Utusan


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas