Bahtera BN sudah sampai ke penghujung jalan, dan sudah tidak keruan. Layarnya sudah putus di terbangkan angin, manakala lantainya sudah banyak yang pecah-pecah. Erti kata lain, ia sudah hampir benar tenggelam.
MCA sudah tinggal nama dan sejarah, sebegitu dengan MIC, Gerakan sudah tidak bergerak lagi, manakala parti serpihan lain, sudah tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja lagi. Kini PPP bergerak mengikut arus kebangkitan rakyat. Yang kononnya nampak kukuh hanyalah UMNO, itupun kerana berada di persada kuasa.
Ternyata benarlah telahan banyak pihak, bahawa parti yang berasaskan kepada perkauman sempit sudah tidak relevan dan ketinggalan zaman. Parti berasaskan bangsa sudah menjadi kuno, lapuk dan tidak diterima rakyat lagi. Rakyat sudah mula mengenali bahawa Malaysia dikongsikan bersama dengan bangsa-bangsa yang lain.
Rakyat hanya mahu melihat Malaysia ditadbir oleh kerajaan yang adil dan saksama untuk semua puak dan kaum. Justeru, yang paling relevan sepanjang zaman sudah tentulah parti yang memperjuangkan keadilan semua pihak. Dan yakinlah, bagi umat Islam, bahawa Islam adalah agama yang paling adil.
Berhijrahlah kepada Pakatan Rakyat yang lebih toleransi kaum dan memperjuangkan keadilan semua pihak. Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang diperintah sudah membuktikan bahawa semua kaum mendapat pembelaan yang sewajarnya. Masa ini adalah yang terbaik buat memacu negara ke arah perpaduan dan keadilan kaum seperti di dalam Pakatan Rakyat. Katakan , “Selamat tinggal UMNO, BN, selamanya!”
Tulangsekah
0 Komen :
Post a Comment