BlogList Malaysia

08 July 2011

Malaysiakini diserang DOS lagi

Seperti dijangkakan, Malaysiakini sekali lagi dilanda serangan penafian perkhidmatan (DOS). Serangan itu bermula sejak jam 5 petang tadi.

Bagaimanapun, infrastruktur pelayan baru Malaysiakini mampu mempertahankan laman web itu dan memastikan ia terus dapat dilayari oleh orang ramai.

Malaysiakini menjangkakan serangan akan berterusan dan bertambah rumit dan sengit dalam tempoh 24 jam ini.

"Menguruskan serangan DOS sebenarnya adalah pertarungan sumber dan taktik.


“Selepas serangan DOS semasa pilihan raya negeri Sarawak April lalu, kami melihat masalah itu dari semua sudut. Namun tidak ada cara yang 100 peratus bahawa kami dapat menangkis semua serangan,” kata ketua pegawai eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran.

Namun, menurutnya, Malaysiakini akan terus memantau serangan itu dan mengambil langkah bagi memastikan orang ramai dapat terus mengikuti perkembangan terkini.

Jika perlu, Malaysiakini juga akan menyiarkan beritanya di platform wordpress dan blogspot serta memuat-naikkan laporan di Facebook Malaysiakini di www.facebook.com/malaysiakini

Sekiranya laman Malaysiakini disekat, orang ramai diminta mengikuti kami di Facebook untuk mengertahui alamat-alamat baru yang lain.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas