KUALA LUMPUR, 8 Julai — Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Putrajaya tidak akan menggunakan khidmat tentera bagi mengawal keadaan jika Himpunan Bersih 2.0 diadakan esok sambil menambah penggunaan Internet tidak akan mengalami gangguan.
“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok atau sehari selepas itu. Tetapi di bawah undang-undang ada peruntukan.
“Buat masa sekarang, kami merasakan polis sudah cukup dan tidak ada keperluan untuk gunakan khidmat tentera,” katanya.
Menteri Dalam Negeri (gambar) itu berkata kepada pemberita di Bukit Aman bahawa Putrajaya perlu bertindak terhadap perhimpunan esok yang dijangka akan turut disertai Pemuda Umno sementara Perkasa telah membatalkan niat untuk berhimpun.
Bersih, gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), memutuskan untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka esok dengan menegaskan sudah terlalu lewat untuk mengubah rancangan mereka.
Gerakan itu juga menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang mencadangkan kepada Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di stadium dengan menegaskan Stadium Merdeka perlu diberikan kepada gabungan itu.
Dipetik dari The Malaysia Insider
0 Komen :
Post a Comment