Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) berharap dapat menjalinkan bekerjasama dalam PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
Ini ekoran keyakinan MCLM pada barisan kepimpinan baru PAS yang dilihat akan memandu parti Islam itu mencapai matlamat menentang nilai negatif dalam politik negara.
"Kami berharap dapat bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum yang akan datang dengan maksud untuk memulihkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua Rakyat Malaysia," kata pergerakan itu.
Dalam kenyataan bersama pengerusinya Raja Petra Kamarudin (atas) dan Presiden Haris M Ibrahim hari ini, mereka mengucapkan tahniah kepada yang menawarkan harapan besar untuk Rakyat.
"Kami yakin saf kepimpinan baru ini akan memandu PAS mencapai matlamat yang dianjurkan dalam pesanan Presiden parti dan seterusnya memainkan peranan yang lebih besar untuk memperkuatkan gabungan Pakatan Rakyat," kata pergerakan itu.
Pergerakan itu menyambut baik kenyataan Presiden PAS datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya yang menegaskan komitmen terhadap Pakatan dan sedar bahawa "masyarakat majmuk adalah sebahagian daripada seruan politik dalam Islam".
MCLM juga menyambut baik penekanan PAS untuk membersihkan politik dari perkara menjijikkan seperti rasuah, politik wang, fitnah, perkauman, penipuan dan segala macam hal yang memalukan.
Bagi mereka mesej tegas Hadi itu disokong oleh perwakilan yang tergambar dalam keputusannya apabila Mohamad Sabu dipilih sebagai timbalan presiden dan apabila Salahudin Ayun, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz omar menang bertanding jawatan masing-masing.
0 Komen :
Post a Comment