BlogList Malaysia

29 June 2011

Blogger Belaan UMNO Terkencing Dalam Seluar

Johari cabar papagomo dedah klip video penuh

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mencabar pemilik blog Papagomo supaya menayangkan rakaman video penuh semasa beliau sedang menonton video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang di bilik Hotel Flamingo Mac lalu.

“Saya cabar Papagomo keluarkan klip video penuh yang dirakam semasa saya menonton video seks itu. Jangan setakat dua minit saja kerana pertemuan kami lebih dua jam setengah.

“Sekurang-kurangnya tayanglah klip video selama 32 minit,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Rabu.


Menurut Johari yang yakin pemilik blog pro kerajaan itu memiliki rakaman penuh klip video beliau sedang menyaksikan video seks kononnya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama trio Datuk T mahu rakaman audio bekas Menteri Besar Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik didakwa menawarkan wang ‘pelincir’ sebanyak RM50,000 kepadanya turut didedahkan.

“Saya minta siarkan juga di mana babak Rahim tawarkan duit dan keselamatan serta berjanji membawa saya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri. Dalam klip video itu pasti ada disebut dengan jelas,” ujarnya.

Johari yang juga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga mengakui menonton video seks bersama trio Datuk T Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Abdul Rahim dan Datuk Shuaib Abdul Lazim yang juga bapa saudara beliau.

Katanya, beliau sudah memaklumkan jemputan itu kepada Anwar dan bersetuju untuk datang atas dasar persahabatan dan hubungan anak saudara kepada Shuaib.

Di dalam paparan klip video terbaru ini, ketiga-tiga mereka kelihatan sedang berjenaka manakala Johari dilihat sedang ketawa dan memperkatakan sesuatu tentang adegan yang terdapat di dalam klip video yang sedang dia saksikan itu.

Bagaimanapun, Johari mengakui beliau bersikap demikian kerana ingin menjaga hubungan persahabatan di antara mereka yang sudah lama terbina, apatah lagi bapa saudaranya juga berada di situ. “Saya dapat rasakan mereka mahu memerangkap saya… sebab itu saya angguk dan senyum. Anda bayangkan saya ada perasaan bahawa ia bukan mengenai Anwar tetapi dosa. “Oleh itu, saya terpanggil untuk menerangkan isu ini kerana klip video selama dua minit itu mendapat pelbagai tafsiran oleh semua pihak,” katanya. - mStar


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas