Tinjauan rambang kami semalam mendapati, kebanyakan golongan belia bersetuju dengan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7%, dengan alasan wang itu dapat digunakan dalam pembangunan kemudahan untuk belia-belia Malaysia.
Mohd.Danny,16 tahun,seorang pelajar Sekolah Menengah berkata,beliau berharap kerajaan akan menggunakan duit yang bakal disimpan itu untuk membina lebih banyak taman meluncur atau dalam Bahasa Inggerisnya, skatepark."Dulu kerajaan dah berjanji jadi apa kata sekarang ni kerajaan tunaikan?" kata Mohd.Danny .
Pierre Azman Halim,18 tahun pula menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan itu kerana beliau merasakan generasi muda sekarang ini terlalu gemar duduk di rumah menonton televisyen."Apa salahnya remaja-remaja sebaya macam saya keluar beramai-ramai, melepak di Taman KLCC?Kami dapat bersosial,berkenalan satu sama lain dan yang paling penting,kami dapat menjimatkan elektrik."
Siti DeniseAdeline,19 tahun yang baru sahaja lepas SPM mengakui tindakan kerajaan memberikan pengecualian kepada rumah yang mempunyai bil bawah RM77 sebagai satu tindakan yang amat waras."Ini dapat melatih masyarakat kita supaya berjimat cermat menggunakan elektrik.Apa yang masyarakat kita dapat lakukan adalah mengambil bacaan meter elektrik setiap bulan kemudian melakukan pengiraan sendiri kegunaan elektrik rumah.Apabila sudah cukup RM77,saya syorkan kita menutup elektrik rumah."
Lain pula ceritanya dengan seorang remaja yang tidak mahu dikenali yang bersetuju benar dengan tindakan kerajaan itu."Saya minta ayah saya belikan saya motor Yamaha LC135.Mudahlah saya nak ke mana-mana.Tapi sampai sekarang janji tinggal janji.Bagus lah kerajaan naikkan tarif elektrik ni.Biar padan muka ayah saya.Kedekut sangat.Masuk rumah aje pasang air cond.Sayang sangat duit tu,bayarlah bil yang bakal melambung-lambung.Bukannya tak mampu!Dia mampu,dia takde kereta,dia pakai motor aje,banyak simpanan bulan-bulan dia dapat kumpul."
Majoriti belia yang ditemui bersetuju dengan tindakan kerajaan itu kerana mereka mengharapkan wang lebihan itu nanti akan digunakan untuk memberikan pendidikan percuma kepada generasi belia sekarang ini.
"Saya pasti langkah kerajaan ini bakal membuatkan saya tidak perlu meminjam dengan PTPTN apabila saya tamat SPM nanti kerana pada waktu itu,sudah pastilah kerajaan mampu memberikan pendidikan tertiari secara murah kepada pelajar,memandangkan kebanyakan pelajar yang layak ke IPTA masih perlu meminjam dengan PTPTN," kata pelajar tingkatan 4,Syed Ahmad Daniel bin Datuk Mukhtaruddin Ali.
"Lagipun,ayah saya mampu bayar.Naiklah berapa ribu pun elektrik,ayah saya pasti mampu bayar,sebab kalau dia tak bayar,macam mana kami nak ada elektrik kat rumah,dia terpaksa bayar.Bukannya kita ada choice nak tukar provider elektrik lain,Lagipun,bil rumah saya bulan-bulan dah beratus-ratus jadi setakat kenaikan macam ni,saya tak rasa akan membebankan ayah saya," sambung anak kepada Ketua Cawangan UMNO itu mengakhiri tinjauan kami.
Cursing Malay
0 Komen :
Post a Comment