BlogList Malaysia

16 June 2011

Anwar kembali, sidang Dewan Rakyat panas

Setelah enam bulan digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini kembali ke Parlimen.

Tiba di lobi Parlimen tepat jam 10 pagi, Anwar berwajah ceria disambut beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Turut tiba di Parlimen pagi ini ialah tiga lagi wakil Pakatan Rakyat yang digantung daripada menghadiri sidang iaitu Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang).

Sebelum masuk ke dewan, Anwar berbual-bual dengan wakil Pakatan yang mengucapkan "selamat kembali ke Parlimen" kepadanya.


Kesemua mereka berwajah ceria dan gembira menyambut kehadiran keempat-empat mereka.

Antara wakil PAS yang menyambut kehadiran mereka ialah Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang), Dr. Hatta Ramli (Kuala Krai), Mohd Firdaus Jaafar (Jerai).

Diminta wartawan untuk memberikan sedikit komentar setelah kembali ke Parlimen, sambil tersenyum Anwar hanya menjawab "nak komen apa dah 10 tahun saya di Parlimen".

Disember lalu, Speaker Dewan Rakyat menerima syor Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menggantung Anwar dan tiga yang lain daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan ekoran dakwaan Anwar yang mengaitkan konsep “1Malaysia” dengan “One Israel”.

Sementara itu, sidang Dewan Rakyat pagi ini bertukar "panas" dengan kehadiran mereka apabila Anwar mengemukakan soalan berhubung Felda.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas