Kerana Datul T (Tolol?) itu yang bertuankan hantu raya bernama UMNO, orang-orang Melayu terus menjadi hina. Sudahlah mereka bangsa yang termiskin dalam negara, malah bertambah menjadi tidak berilmu lagi mereka.
Usaha menjadikan bangsa Melayu berilmu kian dilupakan malah kian malap. Sebaliknya pemikiran orang-orang Melayu di serata ceruk terus dibenakkan dengan cerita bawah kelangkang yang kotor dan lucah. Setakat ini itu sahaja yang UMNO mampu lakukan buat membangunkan minda orang Melayu melalui Datul T mereka.
Mana bicara tentang menaikkan ekonomi dan saham orang-orang Melayu?
Mana usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu yang kian papa kedana tiada nilai langsung dalam negara sendiri?
Mana bicara dan usaha melahirkan ramai 70% profesional Melayu, Doktor Melayu, Jurutera, Arkitek, Peguam, Saintis, Ulamak, Pertanian moden Melayu?
Mana bicara tentang usaha meningkatkan tahap pendapatan dan simpana tunai orang Melayu?
Mana usaha untuk meningkatkan mutu kemahiran belia-belia Melayu?
Mana usaha untuk menghapuskan kadar pengangguran anak-anak Melayu?
Mana usaha untuk mengatasi masalah sosial dan moral anak-anak Melayu?
Mana usaha untuk menarik belia-belia Melayu ke masjid-masjid?
Tiada!
Orang-orang Melayu kini hanya sekadar menjadi perkakas untuk diperbodohkan oleh UMNO dan kuncu-kuncu mereka dengan cerita lucah dan fitnah melalui video seks dan sumpah laknat!
Orang-orang Melayu hanya sekadar mendapat habuan lebih kurang RM10 sehari melalui pelbagai skim ayam daging seperti Felcra, bantuan UPSR, prpjek segera pilihanraya, bantuan kemiskinan yang bagaikan melepaskan batuk ditangga.
Orang-orang Melayu diajar menjadi egen penyebar fitnah bagi pihak UMNO/BN.
Orang-orang Melayu diajar sikap perkauman dan bersemangat Melayu tidak bertempat, yang memaksa orang-orang Melayu menjadi katak di bawah tempurung untuk tidak mahu belajar daripada kemajuan bangsa-bangsa lain.
Orang-orang Melayu dijauhkan dari kefahaman Islam yang sebenar. Orang Melayu patut diajar Qazaf dalam menyelesaikan masalah zina, sebaliknya UMNO dan ejennya ajar orang Melayu, sumpah laknat selesaikan masalah zina! Bagaimana jika tiba-tiba ada seorang yang sanggup menggunakan sumpah laknat berbuat demikian untuk mengatakan Najib pernah berzina dengan seseoran? Apakah akan ada desakan agar Najib membuat sumpah laknat? Selesaikah masalah?
Maka jika orang Melayu ikut ajaran UMNO ini, bengong memenjanglah orang melayu yang majoritinya beragama Islam itu!
UMNO menghina bangsa yang sering didakwanya sendiri, menjadi pembela Melayu. Pembela taik kucing! UMNO sebaliknya terus-terusan menggerakkan minda orang-orang Melayu jauh daripada memikirkan dan belajar seperti mana bangsa-bangsa maju lain berfikir dan belajar iaitu tentang membina integriti bangsa, membangunkan bidang sains dan teknologi, mengkaji kejadian Allah melalui pemerhatian, kajian dan penerokaan alam semesta dan sebagainya.
Sebaliknya UMNO yang kononnya merekalah pembela Melayu itu, mengajar orang Melayu memikirkan hal-hal kotor dari celah kelangkang dan bontot! Agaknya inilah proses Pendidikan Seks yang kerajaan UMNO maksudkan? Itulah wasasan UMNO selagi Anwar Ibrahim masih bernyawa dalam politik!
Dulu UMNO Lama lebih berintegriti menggunakan undang-undang, diganti oleh UMNO Baru Mahathir yang terlalu kuku besi demi menonjolkan hanya Mahathir sahaja yang cerdik dan betul waktu itu, kini lahir pula UMNO Apco Najib-Rosmah yang lagi ’ganas’ menggunakan seks kotor dari kemaluan wanita dan bontot Saifool untuk memerintah Malaysia! Kotor dan jijik! Nasiblah Malaysia ini!
accudo
02 May 2011
Tiada apa yang dapat dipelajari daripada UMNO kecuali cara-cara membuat fitnah dan seks lucah
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
blogger pas
,
umno
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment