BlogList Malaysia

13 April 2011

Media Kawalan Umno Diarah Tidak Siar Kempen PR

BN kini dilihat semakin goyah apabila terus memperkuatkan lagi cengkamannya ke atas media arus perdana, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.

Desas-desus ini dikuatkan lagi apabila beberapa portal berita termasuk Malaysiakini dan Sarawak Report serta Tv Selangor, yang menerbitkan laporan kritikal mengenai ketua menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tidak dapat diakses akibat serangan siber, manakala rangkaian televisyen turut diarahkan untuk tidak menyiarkan rali dan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.

Menurut sumber rapat media kawalan Umno Media Prima, semua rangkaian televisyen miliknya telah diarahkan supaya tidak menyiarkan ceramah harian Pakatan Rakyat yang berjaya menarik kehadiran ribuan orang.


“Visual rali mega tidak sama sekali boleh disiarkan meskipun ia berkaitan dengan pilihan raya,” kata sumber dalaman itu.

Media Prima memiliki semua rangkaian televisyen swasta percuma di negara ini iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9.

Tambahnya, selain televisyen, akhbar Cina juga turut diberi tekanan selepas BN dikatakan mungkin tumbang di beberapa kawasan yang mempunyai pengundi majoriti masyarakat Cina.

“Walaupun belum diberi arahan, kita mesti berhati-hati dengan laporan berita. Saya tidak fikir, kita mampu lagi memberi liputan pada ratio 60:40 bagi BN dan Pakatan, kita sekarang terpaksa menukarnya kepada 70:30,” kata seorang editor akhbar harian Cina.

“Sejak dua atau tiga lalu, liputan ke atas kami telah berkurangan dengan begitu ketara sekali,” kata seorang pekerja kempen DAP.


KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas