Kerajaan akan membangunkan Pulau Pinang sebagai bandar Metropolis ketiga dalam negara, selepas Lembah Klang dan Johor Baharu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh Badan Pelaksana Koridor Utara (NCIA), Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) dan Khazanah Nasional Bhd dipertanggungjawabkan untuk mengkaji pelaksanaan rancangan itu.
"Jawatankuasa ini akan membuat laporan kepada Majlis Ekonomi mengenai hasil kajian itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di sini, hari ini.
Beliau berkata pembangunan bandar metropolis itu dijangka dapat meningkatkan lagi pelaburan di Pulau Pinang.
Satu lagi usaha terdesak UBN memancing undi orang P. Pinang untuk PRU13.. Lena diulut mimpi rupa-rupanya puak2 perasan nih... Tahniah kerajaan PR yang diketuai Lin Guan Eng..
02 April 2011
Di Bawah Petadbiran Pakatan Rakyat, P. Pinang Muncul Sebagai Bandar Metropolis
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
guan eng
,
pakatan
,
pulau pinang
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment