KOMENTAR : Lidah bercabang. Mungkin ini kesimpulan paling tepat untuk menggambarkan watak politik sebenar Zaid Ibrahim. Dalam satu nafas Zaid boleh mengubah perspektifnya dalam politik. Mungkin Zaid bersikap begini kerana gila talak. Atau, lebih tepat lagi gila kemasyhuran atau glamour yang pernah dikecapinya di masa silam.
Perhatikan laporan Bernama Selasa, 22 Mac lalu. Zaid menegaskan bahawa beliau belum menonton video seks yang dikatakan membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun katanya, jika berpeluang menontonnya, baru beliau boleh membuat komen mengenainya. Dan, seandainya ia benar, Anwar perlu meninggalkan politik.
"I have not seen the video but (if) I had the opportunity to view it, I can make a comment but if it is true, he must quit," he said - Bernama
Sekali imbas komen Zaid Nampak tegas dan berprinsip. Beliau enggan memberi komen kerana belum berpeluang menonton video berkenaan. Namun, Zaid segera melanggar prinsipnya sendiri dengan membuat syor kepada DAP dan PAS supaya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat sendirian. Lihatlah betapa bercabangnya lidah Zaid.
Zaid Ibrahim said the opposition parties associated with PKR should review their status since there have been too many questionable issues affecting the integrity of the PKR de facto leader, including the latest sex video scandal.- Bernama
Jika itu tidak memadai, perhatikan betapa keletah politik Zaid ini amat meloyakan. Laporan Bernama yang sama melaporkan Zaid berkata, sepatutnya PAS sudah mengkaji semula hubungannya dengan Pakatan Rakyat sejak lama dahulu kerana ia membabitkan integriti dan keupayaan pemimpin berkenaan yang bukan sahaja membabitkan parti pembangkang tetapi pemimpin BN juga.
"By right, PAS should have reviewed the relationship a long time ago because it involves the integrity and capability of the leader, not only involving opposition parties but BN leaders as well.- Bernama
Di sini amat jelas hasad Zaid cuba menghasut PAS dan pemimpinnya untuk membenci Anwar Ibrahim. Soal integriti Anwar, kata Zaid, sudah terlalu kerap timbul hingga boleh dipertikaikan. Ini termasuk skandal video seks terbaharu.
Bagaimana Zaid boleh menyebut skandal video seks terbaru membabitkan Anwar sebagai contoh sedang beliau sendiri mengaku belum menontonnya? Di mana berkatnya ilmu undang-undang yang dipelajarinya dan diamalkannya jika sebelum mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa memutuskan Anwar terbabit dalam skandal video berkenaan, Zaid, seorang yang amat mahu digelar pemimpin Melayu sudah menjadikan sandaran untuk mempertikaikan kewibawaan Anwar? Tidakkah lidah bercabang namanya?
Bagi menonjolkan diri sebagai pemimpin yang berfirasat tinggi, Zaid menyelar pula pemimpin-pemimpin kanan lain dalam PKR yang cuba mempertahankan Anwar dan menganggapnya sebagai satu lagi konspirasi terhadap pemimpin pembangkang itu sebelum menyaksikan video berkenaan.
Tidakkah Zaid dalam kenyataannya kepada Bernama berkata, beliau tidak mahu memberi komen kerana belum berpeluang menonton video berkenaan? Di mana ilmu undang-undang Zaid hingga tidak faham konsep seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya?
Zaid seorang peguam berpengalaman, mustahil beliau tidak faham konsep ini. Sekali lagi ini membuktikan sama ada Zaid terlalu mabuk dan kemaruk nama dan kemasyhuran atau memendam hasad dengki yang mendalam terhadap Anwar.
Apa salahnya pemimpin-pemimpin PKR mempertahankan Anwar dan menyakini kes skandal video seks ini satu lagi konspirasi? Sekurang-kurangnya, mereka berbaik sangka dan mengikut semangat undang-undang -- seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah sebaliknya. Dan, memang secara logiknya, pengalaman daripada konspirasi fitnah liwat pertama dan kedua, pihak lawan politik Anwar memang mempunyai motif yang kuat untuk memfitnah Anwar - mereka tidak tertanding wibawa dan mutu kepemimpinan Anwar!
Mungkin Zaid seperti Umno BN mempunyai motif yang sama dan menghadapi masalah yang sama iaitu tidak berupaya menandingi Anwar. Maka Zaid pun seperti Umno_BN menyimpan dendam kesumat kerena gagal menjadikan PKR kuda tunggangannya demi memenuhi nafsu gila talak/mabuk publisitinya!
"I am surprised that they can comment on the issue even before watching the video," said Zaid who urged PKR leaders to stop claiming that it was a conspiracy. - Bernama
Urutan kes pendedahan video seks ini amat meragukan. Mengapa Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein bingkas mengumumkan polis tidak terbabit dalam pembikinan video berkenaan? Jika benar demikian apa yang menghalang polis menjalankan siasatan dan pencegahan biasa mereka untuk menghalang penayangan video lucah itu di Carcosa Seri Negara Isnin lalu? Bukankah gelagat Hishamuddin dan pasukan polis di bawah seliaannya ini berbaur dan berbau konspirasi?
Mungkin keupayaan politik Zaid terlalu rendah untuk membaca mengapa pendedahan video seks itu dibuat pada hari yang sama dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak. Sebab itu agaknya beliau tidak dapat membaca bila perlu berontak terhadap kepemimpinan Abdullah Badawi dan meletakkan jawatan menteri.
Akhirnya Zaid menyesal dan otak politiknya yang terhad mendorongnya mengintai peluang menyusup masuk ke dalam PKR dan Pakatan Rakyat untuk membalas dendam terhadap Umno yang memecatnya. Namun keterbatasan ilmu politik dan ilmu undang-undang yang tidak berkat, membuat Zaid sering mengeluarkan kenyataan yang benar-benar mirip perumpamaan lidah bercabang. - TVS
Kedah: Tiga termasuk suami isteri maut kemalangan
5 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment