BlogList Malaysia

23 March 2011

Liwat 2 - Mengejutkan Bila Hakim Tukar Keputusan

Tamparan kepada Anwar, tiga barangan diterima

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengubah keputusan bicara dalam bicara sebelum ini untuk membenarkan berus gigi, tuala dan botol air yang diperoleh dari lokap tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan, dikemukakan sebagai bukti.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwa untuk memaksa Anwar menyerahka sampel DNAnya.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima.

"Selepas mempertimbangkan bukti dengan kenyataan dari IO (pegawai penyiasat) dan pegawai yang menangkap (Supt Ahmad Taufik Abdullah) saya memutuskan bahawa tangkapan itu adalah sah.”


"Dengan itu, barangan yang diperolehi dari sel - (botol air minuman, berus gigi dan tuala) boleh diterima sebagai bukti,” katanya.

Berikutan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata beliau akan meminta dua saksi pendakwa tampil sekali lagi bagi mengemukakan barangan tersebut untuk dijadikan bukti.

Walaupun Yusof tidak menamakan mereka, namun dipercayai mereka adalah ahli kimia, Nor Aidora Sameon dan Supt Amidon Anan yang sebelum ini pernah memberikan keterangan.

Dalam keputusannya, hakim Zabidin bagaimanapun menolak permohonan pendakwaan bagi memaksa Anwar memberikan sampel DNAnya.

"Bolehkah mahkamah ditangguhkan hingga esok?” Yusof kemudiannya bertanya.

Hakim Zabin kemudian mengajukan soalan itu kepada Karpal yang berkata beliau tidak ada bantahan.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga jam 9 pagi esok bagi membolehkan semua pihak membuat persiapan.

Sebelum ini pihak pendakwaan membuat dua permohonan - permohonan pertama bagi semakan semula keputusan perbicaran dalam perbicaraan yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti dan yang kedua bagi mengarahkan ketua pembangkang itu memberikan sampel DNAnya.

Permohonan bagi memaksa Anwar menyerahkan sampel DNA dikatakan sesuatu yang 'bukan lazim' dan belum pernah dilakukan dalam sejarah Malaysia, negara-negara Komanwel dan juga dunia, kata peguambela utama, Karpal Singh

Yusof pula telah berhujah bahawa sampel DNA Anwar adalah penting dan relevan bagi menentukan sama ada ia sepadan dengan DNA yang diambil dari sperma yang dijumpai di dubur pengadu kes berkenaan,Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Tidak pernah ada permohonan seumpama ini sebelum ini tetapi tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan... atau tidak Seksyen 165, Akta Keterangan tidak mempunyai makna. Kita mempunyai bukti tetapi atas sebab teknikal ia tidak dapat diterima (oleh hakim),” hujahnya minggu lalu.

Hakim Zabidin sebelum ini telah memutuskan bahawa sampel DNA dari tiga barangan - sehelai tuala, botol air minuman dan berus gigi - tidak boleh diterima kerana ia diperolehi dengan cara yang tidak sah.

Keputusan hari ini dikatakan sebagai satu tamparan kepada Anwar.

Ketua pembangkang itu daripada kandangnya berkata terdapat tekanan politik yang hebat bagi memaksa hakim menukar keputusannya sebelum ini.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas