Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim mungkin sering dihina oleh para pengampu Umno sebagai gagap dan dilabel sebagai "Khalid Gagap",namun kesungguhan beliau dalam mentadbir negeri Selangor wajar dipuji. Banyak kejayaan dan pembaharuan yang telah berjaya dilaksanakan dalam pembangunan negeri Selangor walaupun Umno mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor gagal melakukan perubahan di negeri tersebut malah melakukan penyelewengan dalam beberapa isu berkaitan.
Jika diperhatikan ucapan Saudara Rafizi Ramli dalam Debat 60 minit di RTM baru-baru ini,beliau yang juga Ketua Eksekutif di Pejabat Majlis Penasihat Ekonomi Selangor menjelaskan bahawa hasil data yang dicatatkan oleh kerajaan negeri melalui beberapa skim tertentu telah menunjukkan hampir setengah juta rakyat Selangor telah menerima ganjaran daripada skim-skim tersebut.
Bukti : berpuluh ribu orang Melayu-Islam sekitar
Selangor masih bersama Pakatan Rakyat
18 February 2011
SEGAGAP-GAGAP KHALID,CAKAPNYA BOLEH DIPERCAYAI.TERBARU DI BT CAVES
Mengenai dakwaan Umno bahawa kerajaan Pakatan Rakyat mulai hilang sokongan Melayu di negeri-negeri pentadbirannya jelas adalah tidak benar. Malah,Tan Sri Khalid Ibrahim tidak percaya jika dikatakan bahawa sokongan masyarakat Melayu terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor semakin terhakis.
Persoalannya,apakah asas utama Khalid itu?Dan benarkah pula dakwaan Umno bahawa Melayu mula meninggalkan Pakatan Rakyat?Untuk itu, tiada data rasmi ataupun mana-mana indikator yang mampu dibuktikan untuk melihat siapa benar dan siapa yang silap.Satu-satunya cara untuk menguji kebenaran tersebut adalah dengan membenarkan berlakunya pilihanraya kecil di Dun Pelabuhan Klang.Di sana kita akan dapat menilai semula samada benar atau tidak orang Melayu mula condong ke arah Barisan Nasional.Malah, desas desus sudahpun bertiup kencang mengatakan bahawa Pilihanraya Kecil di Dun Pelabuhan Klang bakal dijalankan selepas ini.
Apapun,penulis telahpun menulis dua buah artikel mengenai Pandangan Tentang Politik Selangor dalam dua siri iaitu Siri Pertama dan Siri Kedua.
Sebenarnya,penulis bukanlah hendak membela ataupun menentang pandangan Khalid Ibrahim tersebut.Pun begitu,sebagai seorang yang memerhati,kata-kata Khalid ada kewajarannya.Kemampuan kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya Pas dalam menggerakkan puluhan ribu penyokong dalam satu-satu masa membuktikan bahawa orang Melayu masih bersama Pakatan Rakyat.Malah jika dilihat situasi dalam himpunan demo bantahan air kerajaan Selangor baru-baru ini juga menunjukkan betapa orang Melayu masih bersama Pakatan Rakyat.Mungkin benar dakwaan Umno bahawa Pakatan Rakyat dilihat bergantung kepada undi Cina tetapi ini tidak bermakna kita ketiadaan undi Melayu.Malah,untuk menang di sesebuah kawasan undi daripada semua kaum diperlukan.Dan itulah yang terjadi pada tahun 2008.Pakatan Rakyat telah mendominasi undi Melayu Bandar dan Cina.
Dan semalam pula,tanpa publisiti yang begitu meluas,hampir seribu lebih penduduk tempatan dalam Dun Batu Caves membanjiri Dewan Muhibbah di Taman Bolton Batu Caves bagi mendengar ceramah penerangan dan pelancaran Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang menampilkan beberapa tokoh Pakatan Rakyat.
Dengan kehadiran penduduk tempatan Batu Caves yang rata-ratanya bermotorsikal dan menaiki kereta, sememangnya cukup memberi signal kepada Umno dalam Dun Batu Caves dan Parlimen Gombak bahawa masyarakat setempat masih bersama kerajaan Pakatan Rakyat.Keadaan tempat ceramah yang terletak dalam kawasan perumahan dan jauh ke dalam di pinggir Bukit Batu Caves menunjukkan bahawa rata-rata pendengar adalah penduduk tempatan.Sememangnya,dalam mana-mana siri ceramah yang sempat dihadiri oleh penulis,bukanlah isi penyampaian yang diperhatikan,tetapi lebih kepada sambutan penduduk terhadap ceramah tersebut.Kebiasaannya apa yang disampaikan dalam ceramah telahpun diketahui oleh kita,tetapi kehadiran ke sana adalah lebih kepada menunjukkan solidariti dan sokongan kita terhadap parti.
Begitulah juga di Taman Bolton semalam.Kehadiran ribuan orang pada malam hari berkerja,dengan publisiti yang tidaklah sebegitu besar membuktikan bahawa gelombang kebangkitan rakyat bagi mempertahankan kerajaan adil dan beramanah sekaligus menolak andaian jahat bahawa penduduk Selangor telahpun menolak kerajaan Pakatan Rakyat.
Semoga berdirilah yang hak bagi menenggelamkan yang bathil.
Gambar-gambar sekitar ceramah semalam:
lain-lain gambar di pages rasmi Kempen Anti Saman Ekor@Facebook di
Sumber -Kami Sokong Pas
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment