Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi peringatan kepada pimpinan seluruh dunia supaya mengambil iktibar daripada kebangkitan rakyat Mesir.
Ujarnya, pergolakan yang berlaku di Mesir harus dijadikan pengajaran supaya pemimpin tidak perlu bermegah dengan kemenangan kerana ia akan memberikan kesan buruk jika rakyat dizalimi.
Harakah.daily net semalam melaporkan, Menteri Besar Kelantan itu sebagai berkata, kezaliman rejim Hosni Mubarak terbukti dengan kemenangan besar beliau yang dicemari dengan penyelewengan setiap kali pilihanraya.
Katanya, kemenangan mencapai 99 peratus merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat.
“Dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding dalam pilihanraya.
“Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini,” ujarnya.
Katanya lagi, rusuhan yang berlaku memberikan satu mesej yang jelas kepada mereka yang telah menzalimi rakyat kerana rakyat bukan mudah untuk diperkotak-katikkan.
“Mula-mula boleh la menipu, tapi bila dah lama rakyat sudah tidak boleh bertahan lagi,” ujarnya. - tvs
02 February 2011
Rusuhan Mesir Harus Jadi Iktibar - TGNA
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment