PRU13: Pemuda PAS anjur perhimpunan 30,000 raih sokongan muda
Dewan Pemuda PAS pusat mengadakan perhimpunan 30,000 ahli sayap pemuda parti Islam itu 19 Februari ini sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Ketuanya, Nasrudin Hasan at-Tantawi (gambar) berkata, perhimpunan dengan tema “Masa Untuk Berubah: PAS Sedia Ganti Umno” akan diadakan di Kedah bagi memberi penerangan kepada ahli dalam mendekati pengundi terutamanya pengundi muda.
“Ironisnya, himpunan ini akan berlangsung seminggu selepas dunia menyaksikan kejayaan kebangkitan generasi muda di bumi Mesir yang membawa kejatuhan Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah sejak 30 tahun lalu,” katanya dengan merujuk kepada desakan rakyat Mesir agar Hosni meletkkan jawatan.
“Saya percaya, semangat dan kesedaran yang sama juga telah sampai ke negara kita dan kini anak-anak muda pula bersedia untuk bangkit menggantikan pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah negara sejak 50 tahun lalu dengan memberi mandat kepada PAS dan Pakatan Rakyat sebagai pemerintah, pentadbir dan pengurus negara yang baru menjelang pilihan raya umum akan datang,” tambah Nasrudin.
Pemimpin tertinggi PAS termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan hadir dan memberikan ucapan penting sebagai “amanah perjuangan” serta peraturan dan arahan” khas menghadapi gelombang kebangkitan anak muda ke arah memenangi pilihan raya umum ke-13.
Melihat pada siri kemenangan BN dalam beberapa pilihan raya kecil, pilihan raya umum kemungkinan besar akan diadakan tahun ini.
PAS juga mengambil pendekatan lebih serius dengan menggerakkan pelbagai usaha untuk mendapatkan undi orang Melayu.
Bagaimanapun Pakatan Rakyat dilihat berhadapan dengan situasi kemerosotan undi orang Melayu sejak Julai 2009 di mana pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek urai di Kelantan, yang pengundinya 99 peratus orang Melayu, PAS hanya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 65 undi berbanding 1,352 pada Mac 2008.
Sokongan orang Melayu dilihat terus mula memihak kepada BN dalam pilihan raya-pilihan raya kecil lalu, daripada tujuh kepada 10 peratus, sekali gus membolehkan perikatan kerajaan pusat itu merampas Hulu Selangor dan Galas daripada Pakatan Rakyat.
Dalam pilihan raya kecil terbaru di Tenang, Johor pula Pakatan Rakyat gagal untuk menerokai sokongan kalangan peneroka Felda, majoritinya orang Melayu, di mana BN menguasai lebih 83 peratus undi.
13 February 2011
Hasan Tantawi Baru Bangun Tidur
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
nasrudin tantawi
,
pemuda pas
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment