BlogList Malaysia

20 January 2011

Rakyat Bergitu Teruja Untuk Melihat Anwar Demam

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–

Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato’ Sri Najib Razak. Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai Majlis Wacana Maqosid Syariah di Insaniah Alor Setar petang tadi.

Saya tegaskan di sini, saya sedikit pun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya berharap pihak Bernama agar menarik balik serta membetulkan laporan bertarikh 19hb Januari 2011 yang berjudul “SAYA TIDAK AJAK PERDANA MENTERI BERDEBAT, HANYA BERBINCANG” – ANWAR.

ANWAR IBRAHIM

anwaribrahimblog


Anwar Tegas Untuk Berdebat Dengan PM

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang, menurut jurucakap Anwar.

Berikut adalah kenyataan Anwar 'Saya tegaskan di sini saya sedikit pun tidak berganjak daripada kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa Yang (Amat) Berhormat Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya," menurut jurucakap itu kepada Bernama di sini.

Jurucakap itu mengulas mengenai laporan berita terdahulu yang mengatakan bahawa Anwar tidak pernah mengajak Najib untuk berdebat mengenai pelan tersebut sebaliknya hanya mahu berbincang.

Pada satu majlis di Alor Setar, Kedah Rabu, Anwar berkata kepada pemberita bahawa ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili pakatan pembangkang.

-- BERNAMA

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas