UNDI ORANG PEREMPUAN MEMIHAK KEPADA CIKGU MALA?
Menjelang hari pengundian 30 Januari ini walau apa pun keputusan yang dibuat Cikgu Mala sebenarnya telah memenangi hati rakyat Tenang sebagai seorang wanita yang cekal dan gigih. Menyedari bahawa keputusan memikul amanah dicalonkan sebagai ADUN Tenang bukanlah satu pekara yang mudah. Kita harus ingat beliau adalah calon wanita dan lebih hebat lagi dia adalah calon parti PAS yang berkedudukan sebagai pembangkang di Johor. Apa pun keputusan yang diterima bakal merubah corak kehidupan seharian beliau dan keluarga beliau. Dugaan pertama yang diterima ialah cubaan menukar tempat suaminya mengajar.
Menyedari akan perjuangan beliau itu telah mengamit ribuan muslimat dari segenap pelusuk tanah air untuk turun bersama berkempen termasuk dari Bangi. Kak Ton salah seorang dari mereka walau pun sering mengeluh tidak boleh berdiri lama kerana keuzuran dan faktor umur begitu bersemangat sekali menyertai rombongan ke Tenang yang diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Serdang, Pn. Zuriati.
“PRK ini berlainan sekali dengan PRK yang lain kerana buat pertama kali dalam sejarah muslimat PAS akan bertanding dalam satu PRK. Biasanya orang lelaki aje yang bertanding. Jadi semangat nak berkempen untuk beliau amat-amat tinggi,’’ jelas beliau dengan wajah yang ceria sebelum berangkat pergi dengan kumpulan muslimat menaiki dua buah kenderaan berasingan.
Maklumat lain yang diterima ialah sumbangan infak yang diterima adalah lebih tinggi berbanding PRK yang lain dan masih berterusan hingga ke hari ini. Kita boleh menjangkakan siapa mereka yang begitu bersemangat untuk menghulurkan bantuan itu – golongan muslimat.
Pencalunan muslimat PAS sebagai calon PRK DUN Tenang telah berjaya membawa PAS kesatu dimensi yang baru. Muslimat PAS yang selama ini dilihat kurang menyerlah sebenarnya memiliki kekuatan yang tersendiri. Jika diberikan ruang dan peluang serta digembelengkan usaha mereka tidak mustahil PAS mampu membariskan lebih ramai ADUN atau MP dari kalangan musllimat itu sendiri. Sebagaimana sedia ada dalam DAP dan PKR.
dun26bangi
28 January 2011
PRK Tenang - Calang-Calang Wanita, Pasti Rebah Dengan Finah Umno/BN
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
blogger umno
,
bn
,
fitnah
,
normala sudirman
,
prk tenang
,
umno
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment