Pemuda Umno hari ini telah menyerahkan surat rasmi mempelawa Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat berhubung isu ekonomi yang membabitkan manifesto 100 Hari Pakatan Rakyat sekiranya berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Surat tersebut diserahkan melalui Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini.
Dalam surat itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar) menawarkan diri untuk berdebat secara terbuka dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR khusus kepada isu “Kaedah Mengendalikan Ekonomi Negara”.
Terengganu: Duda selesai disebat 6 kali disaksikan 70 orang
47 seconds ago
0 Komen :
Post a Comment