Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime Darby Engineering Sdn Bhd, Mazhazmi Jamaludin, yang mendakwa didera dan dibogelkan oleh pasukan soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM200,000, dua tahun lalu.
Mazhazmi, 36, yang diwakili peguam Shamsul Sulaiman mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dibacakan di depan Hakim Rozilah Salleh dan memohon untuk dibicarakan.
Dalam prosiding semalam, Shamsul memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya didera ketika disoal oleh anggota SPRM.
“Anak guam saya yang pada awalnya dipanggil memberi keterangan sebagai saksi dibogelkan dan dipaksa berdiri dengan sebelah kaki saja ketika di soal.
“Mazhazmi juga turut dilontar dengan kata-kata kesat sehingga beliau tertekan,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Anthony Kevin Morais memberitahu mahkamah jika penderaan itu benar berlaku, tertuduh sepatutnya melaporkan kejadian kepada pihak polis sebelum prosiding semalam kerana penyiasatan terhadapnya selesai pada Jun lalu.
sumber di sini
22 December 2010
Siapa Bagi Kuasa Untuk SPRM Bertindak Ganas Dan Zalim Sebegini?
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment