BlogList Malaysia

22 December 2010

Najib Keliru ??

Exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak keliru apabila kerajaan pimpinannya merancang membina loji janakuasa nuklear ketika rakyat Malaysia terus membantahnya.

elizabeth wong 160209"Ini akan mengakibatkan bencana ekonomi dan alam sekitar. Najib ingin membazirkan RM21.3 bilion walaupun pada kita sepatutnya memandang ke arah tenaga suria," katanya.

Menurut Elizabeth lagi, panel solar antarabangsa seperti Q-Cells dan FirstSolar sudah mula bertapak di dua negeri Pakatan Rakyat, Selangor dan Kedah.

"Kita sepatutnya memperkuatkan sektor (tenaga hijau) ini dan bukan terperangkap dalam jalan mati yang (dipenuhi) toksik," katanya yang bertanggungjawab dalam pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar di Selangor.


Kelmarin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin berkata, Malaysia merancang untuk membina dua loji nuklear - masing-masing menjana 1,000 megawat - sebagai sebahagian daripada rancangan mengimbangi bekalan tenaga.

Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021 manakala loji kedua, setahun kemudian.

Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Elizabeth juga menyuarakan kebimbangannya terhadap "kekurangan ikhtiar dari kerajaan pusat" dalam isu-isu alam sekitar.

"Walaupun pada tahun lalu di persidangan iklim Copenhagen, perdana menteri telah menyuarakan janji-janji untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau sebanyak 40 peratus pada tahun 2020, kami belum melihat sebarang tindakan bermakna dari kerajaan pusat," katanya. - mkini

1 Komen :

Anonymous ,  December 22, 2010 at 8:23 PM  

Bina satu di Sarawak dan satu di Sabah, mereka sahaja yang sehingga kini masih menyokong BN. Sebab di Semenanjung UMNO/BN akan kalah teruk dalam PRU 13, kerusi yang tinggal hanya di Putrajaya, tu pun sebab Bik Mama yang bertanding.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas