BlogList Malaysia

15 December 2010

Penyakit Speaker Dun Perak Berjangkit Kepada Speaker Dewan Rakyat

Dua lagi MP Pakatan Rakyat digantung

Ahli parlimen Pakatan Rakyat R Sivarasa (PKR-Subang) diarahkan keluar Dewan Rakyat sehingga esok kerana didakwa mengenkari arahan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Sivarasa, yang bangkit pada akhir sesi soalan mempersoalkan tindakan speaker yang menolak usul yang dikemukakannya semalam meminta perbahasan diadakan bagi membincangkan pendedahan oleh WikiLeaks berhubung dakwaan diplomat Singapura yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razah dengan kematian warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu dan juga memalit Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 'perangkap seks'.

parliament speaker pandikar amin pc 250608 05Menurut Pandikar, kebimbangan yang ditimbulkan oleh Sivarasa adalah tidak berasas dan mengarahkannya untuk duduk. Namun apabila ahli parlimen itu terus berhujah dan enggan duduk, Pandikar mengarahkan beliau digantung sehingga esok.

Anwar (PKR-Permatang Pauh), kemudian bangkit dan mempertahankan Sivarasa bersama Azmin Ali (PKR-Gombak). Ini menimbulkan pertikaman lidah yang hangat antara speaker dan juga ahli parlimen Pakatan Rakyat yang juga mula campur tangan.

Pandikar kemudian mengarahkan Azmin pula supaya keluar dewan sehingga jam 2.30 petang ini.

2 Komen :

Anonymous ,  December 15, 2010 at 2:01 PM  

Apa bezanya dengan Speaker Dun Selangor dan Dun Pulau Pinang. Semuannya kaki gantung. mana nak ada demokrasi.

Anonymous ,  December 15, 2010 at 4:58 PM  

Sapa yg mengajar orang jadi kurang ajar kalau bukan mangkuk hayun BN dan UMNO

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas