Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa kesal dan sangat terkejut dengan tindakan penggantungan terhadap Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat di Parlimen Malaysia pada hari terakhir sesi Parlimen. Tindakan sedemikian telah menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada pada tahap paranoid dan takut kalah serta sudah hilang pertimbangan waras dalam tindakannya.
PAS menganggap kebimbangan berlebihan UMNO dan BN ini menyebabkan mereka akan melakukan apa sahaja tindakan terdesak walaupun melanggar norma perundangan dan batas-batas demokrasi di Malaysia.
PAS yakin, BN tidak akan berhenti dengan 'tragedi demokrasi' di parlimen sahaja, bahkan akan bertindak lebih daripada itu. Ini terbukti dengan tragedi 'rampasan kuasa' di Perak tidak lama dahulu. Kini mereka bertindak merampas suara rakyat di Parlimen Malaysia pula.
Mungkinkah kerana mereka gusar dengan konsep keadilan menyeluruh yang hendak dilaksanakan oleh PAS bersama dengan Pakatan Rakyat sehingga wujud kebimbangan di kalangan pemimpin-pemimpin BN yang berkemungkinan terlibat dengan 'skandal besar' negara?.
Saya menyeru kepada UMNO supaya kembali ke pangkal jalan dan beriman dengan Al Quran yang menyatakan bahawa tidak ada kuasa yang kekal di atas dunia ini termasuklah kekuasaan kerajaan nabi-nabi dan juga orang zalim. Nabi Sulaiman AS yang dikurniakan kekuasaan yang meluas meliputi kerajaan manusia, haiwan dan jin itupun sudah tidak ada sekarang ini. Begitu juga dengan kerajaan zalim Firaun. Bahkan kuasa besar dunia juga tumbang. Apatah lagi kekuasaan UMNO-BN yang ada pada hari ini.
Oleh itu, saya menyeru pemimpin UMNO-BN supaya segera insaf dan bersedia untuk menyerahkan kuasa secara terhormat sebelum kekuasaan itu ditarik oleh Allah SWT dengan jalan yang tidak disangka-sangka.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
12 Muharam 1432 H / 18 Disember 2010 M
Bunuh rakan senegara, polis buru lelaki Indonesia
54 minutes ago
5 Komen :
Bertahun dalam politik sampai jadi menteri besar pun tak tahu peraturan parlimen.
Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung. Kalau dewan rakyat ikut lah peraturan dewan rakyat.
Haji Setan ni tak tau ke Anwar telah di beri masa dan peluang membuktikan kebenarannya tapi Anwar gagal membuktikan sehingga masa yang di tetapkan sampai.
Tak apa ke bawa cerita menipu dalam dewan yang mulia ini?
Kalau begitu caranya Haji Setan ni maka kita tahu lah bahawa amalan dan pengetahuan ugama dia berlubang lubang.
Perkara yang mudah sebegitu pun dia tidak tahu dan patuh ugama apa lah lagi.
Kambing pun ada janggut binatang haji woi!
Salam.....harap dapat linkkan blog ini ke bloglist-politik......http://akarseruntun.blogspot.com...TQ.
Saudara Hahn,
Saya rasa, saya dah jumpa artikel tentang Anwar telah diberi masa tuh. :
Penggantungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat selepas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu diberi ruang yang cukup untuk membela diri namun gagal melakukannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sejak sidang Parlimen April lalu, Anwar telah diberi banyak kesempatan membuat penjelasan atau menarik balik tuduhannya yang tidak benar terhadap kerajaan.
"Begitu juga pada sesi kedua dan sesi ini tetapi dia tetap tidak buat (penjelasan atau tarik balik tuduhan)," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen.
Justeru, beliau melihat tindakan pembangkang memboikot persidangan hari ini sebagai satu usaha untuk menggagalkan perjalanan mesyuarat, dengan harapan kedua-dua usul menggantung Anwar dan tiga ahli Parlimen pembangkang lain tidak dibahas atau diluluskan.
Namun katanya, cubaan pembangkang itu gagal dan silap kerana tindakan mereka ibarat memberikan sepakan penalti kepadanya dan Barisan Nasional (BN) di depan gawang yang tidak dikawal penjaga gol.
Usul penggantungan Anwar diluluskan tanpa bahas manakala usul menggantung Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R. Sivarasa (PKR-Subang), juga selama enam bulan, diluluskan setelah dibahaskan masing-masing dua ahli Parlimen BN dan Bebas.
Mengulas hasrat Karpal ingin mengheret Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah ekoran keputusannya meluluskan usul menggantung Anwar dan tiga ahli Parlimen yang lain, Nazri menyifatkannya sebagai kenyataan bodoh dan gila.
Beliau yakin kes itu akan ditolak oleh mahkamah kerana sistem pemerintahan negara terbahagi kepada tiga iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif, sama seperti peraturan negara lain yang menggunakan sistem Westminster dengan menyaksikan Parlimen sebagai institusi terulung (supreme).
"Itu satu perkara yang gila, penasihat undang-undang pun penasihat undang-undang gila, bodoh sebab mahkamah, eksekutif, legislatif adalah bebas," tegasnya.
Sementara itu, baginya, tindakan ahli Parlimen pembangkang membawa pelbagai poster ke dalam Dewan Rakyat, adalah tindakan yang hina dan memalukan kerana jelas melanggar peraturan yang tidak membenarkan 'barang-barang asing' dibawa masuk.
"Sebagai Ahli Yang Berhormat, mereka perlulah bersikap terpuji dengan tidak menipu, ini jelas menipu dan ia tidak seharusnya terjadi," katanya.
Wallahu a'lam
Islamic Neeutron.. kalau petik hujah dari nazri semua orang dah tahu.. memang akan memihak speaker la.. Kau tak cuba semak melalui hansad parlimen ke?
Bapak Jin,
Kat mana nak dapatkan sumber tuh? hmm klu ade pautannya, boleh lah panjang2 kan kepada saya...
Terima kasih...
Post a Comment