BlogList Malaysia

08 December 2010

Mahathir Terus Kritik Kerajaan Najib

Dr M pertikai keperluan beli pesawat pejuang baru

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad hari ini mempertikaikan keperluan kerajaan menggantikan pesawat tempur buatan Rusia, MiG-29 dengan pesawat baru.

NONEDalam blognya, Mahathir berkata kerajaan seharusnya mengikut jejak langkah India yang hanya menaik taraf pesawat tempurnya dan tidak berbelanja jutaaan ringgit bagi membeli pesawat baru.

"Malaysia telah bekerjasama dengan India berkaitan pengubahsuaian pesawat buatan Rusia. Mungkin kita sepatutnya mengetahui apakah maksud sebenar menaiktaraf Sukhoi Su-30 dan MiG-29.

“Saya tidak pasti sama ada Malaysia menghadapi ancaman perang. Jika tidak, adalah lebih baik untuk hanya membaik pulih pesawat yang ada,” kata Mahathir.Menurut beliau, berdasarkan laporan antarabangsa, India dikatakan akan menaik-taraf pesawat Sukhoi-30MKI milik negara itu manakala MiG-21 mungkin 'dibersarakan' namun MiG-29 akan dinaik-taraf.


Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mendakwa pesawat MiG buatan Russia harus diberhentikan kerana kos penyenggaraannya semakin tinggi.

Mahathir sebelum ini mengingatkan kemungkinan wujud orang tengah yang akan mengaut keuntungan berganda dengan keputusan untuk membeli pesawat tempur baru dan menjual yang lama.

Beliau juga berekata keputusan kerajaan menukar pesawat MiG dipengaruhi oleh pihak yang berkepentingan sendiri.

russia military might 220808 04Sebelum ini, Zahid memberitahu Dewan Rakyat bahawa penamatan perkhidmatan pesawat selama 10 tahun itu adalah kerana peningkatan ketara kos penyelenggaraan dan operasi pesawat buatan Rusia itu,

Kementerian Pertahanan dilaporkan menimbang untuk menggantikan pesawat MiG buatan Rusia sama ada dengan SU-35, FA-18 E/F Super Hornet, JAS Gripen, Eurofighter Typhoon, Dassault Aviation Rafael, F-16 C/D Block 52 atau F-15 Eagle.

3 Komen :

Anonymous ,  December 8, 2010 at 8:17 PM  

Kutty ni, walaupun keluarganya kaya raya tetapi rakyat pelbagai peringkat dan kaum hidup senang dan selesa di bawah pentadbirannya. Itulah sebabnya UMNO susah untuk dijatuhkan di era beliau, kerana dia pandai mengolah dan mempelbagaikan hasil negara selari dengan keperluan rakyat di negara ini. Manakala Mat Monggol adalah menteri paling korupsi yang pernah dilantik untuk menerajui negara. Segala yang dilakukan semuanya semata-mata untuk mekayakan dan memenuhkan kantung dan tabung kroni. Kesusahan rakyat diambil kira hanya melalui janji kosong di media milik UMNO. Maka hasilnya boleh dilihat sekarang dan keputusan rasminya adalah di PRU13 nanti. Tetapi selagi SPR, PDRM, AG dan Hakim Kanggaro masih rasa manis menjilat dubur beliau, maka selama itulah malaon ini akan berkuasa walaupun terus dibenci oleh rakyat terutama umat Melayu (itulah kelebihan Melayu, yang tiada pada bangsa lain di dunia).

Anonymous ,  December 8, 2010 at 10:57 PM  

Takkan Mamak Kutty ni tak faham,kalau sekadar "naik taraf" masyuuuuk akan kurang,tapi kalau beli yang baru masyuuuuk ada lebih.Harga boleh tambah 50% dan komisen pun akan lebih.Nak dekat Pilihanraya tentu nak pakai banyak pitih.Mamak Kutty ni dulu jadi mahaguru Najib.Sekarang nampaknya anak murid nak lawan guru,tapi kalau ada saham,no problem.

hussin December 9, 2010 at 3:34 PM  

mahathir,

yang boleh diam tak? hang sapu duit petronas untuk selamat anak hang tu okay ke? konpirm lu india mari!

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas