BlogList Malaysia

13 November 2010

Zul Kulim BUkan Tak Betul, Tetapi Gila

Isu murtad: Hadi dakwa Zul Noordin tak betul, PAS mahu siasat dulu

SHAH ALAM, 13 Nov — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau akan mendapatkan maklumat terperinci sebelum membuat sebarang pendirian berhubung kontroversi status agama bapa seorang kanak-kanak yang dirotan kerana membawa makanan berlaukkan sosej babi ke sekolah bulan lalu.

Isu yang bermula dengan sosej kini berkembang menjadi kontroversi murtad.

Sebaliknya, Hadi juga menyifatkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin (Bebas) yang mempersoalkan pendirian parti Islam itu sebagai “tidak betul”.

“Hadis yang Zulkifli Noordin bawa banyak yang tidak betul, banyak cerita yang tidak betul.

“Jadi tidak perlulah untuk saya memberikan komen, saya akan dapatkan maklumat dulu sebelum buat keputusan,” kata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang pada sidang media selepas merasmikan program PAS Sedia Ganti Umno di sini.


PAS dijangka membuat pendirian mengenai isu ini esok apabila mengadakan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat esok.

Pendirian PAS dibangkitkan oleh beberapa ahli politik dan juga blog — yang mempersoalkan pendirian kerjasama komponen Pakatan Rakyat itu.

Pada Rabu lalu, kerajaan telah mengarahkan bahagian penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyiasat status agama bapa seorang kanak-kanak terbabit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, selepas mengenal pasti status Beginda Anak Minda atau Noor Azman Abdullah, siasatan boleh dijalankan terhadap dakwaan anaknya Basil Anak Beginda dirotan guru akibat kejadian itu.

Katanya, status agama Beginda perlu disiasat kerana mengikut keputusan muzakarah Fatwa Kebangsaan apabila salah seorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu beragama Islam.

“Selepas itu (baru) boleh sampai kepada kesimpulan apa juga keputusan tentang itu boleh tentukan kepada kenapa budak ini dirotan,” katanya di Dewan Rakyat.

Minggu lalu, seorang ibu, Angela anak Jabing membuat aduan bersama sayap wanita PKR kepada Jabatan Pelajaran Sarawak dengan mendakwa anaknya berusia 10 tahun dirotan penolong kanan sebuah sekolah di Sarawak kerana membawa nasi goreng berlaukkan sosej babi ke sekolah.

Persidangan Dewan Rakyat Rabu lalu juga hangat apabila Zulkifli yang berbahas membangkitkan isu berkenaan dan mempersoal pendirian PAS berhubung perkara terbabit.

1 Komen :

Anonymous ,  November 13, 2010 at 9:05 PM  

bagi zul tu jawatan menteri ke, menteri besar ke, terkatup le mulut dia tu nanti....

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas