Noh: Dakwaan Umno pukul karut
Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan dakwaan bahawa sekumpulan anggota Umno memukul ADUN DAP Ng Suee Lim sebagai "mengarut".
Beliau yang juga ketua Umno Tanjung Karang - tempat kejadian itu didakwa berlaku - bagaimanapun berkata sedia maklum dengan insiden itu.
"Jadi saya ada nasihat untuk (ADUN) Sekinchan (Ng), jangan jadi hero. Kalau dia nak berdegil, saya cabar dia untuk berdialog dengan saya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Ng awal petang tadi membuat laporan polis mendakwa beliau dan dipukul oleh sekumpulan yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang ketika bertemu dengan petani kawasan itu bagi mendengar rintihan tentang isu harga padi.
Beliau mendakwa, ketibaannya disambut dengan kepungan dan halangan, seterusnya dihalau.
"Sebenarnya masalah (harga padi) sudah selesai. (Pada) 31 Oktober sudah buat dialog dengan 300 orang di Dewan Sri Tiram. Saya hantar wakil saya. Semua ADUN BN pun datang. Jadi masalah ni sudah selesai. Jadi kenapa DAP nak datang Tanjong Karang.
"Orang kampung tahu, DAP tak boleh selesai masalah ini. Jadi (isu) Bernas ini adalah bukan isu. Saya sudah jawab di Parlimen. Dia cuba melemahkan kuasa dan tanggungjawab saya sebagai menteri," katanya.
Noh mendakwa tahun lalu, beliau pernah panggil wakil DAP untuk datang untuk berdialog tetapi mereka tidak hadir.
1 Komen :
Sudahlah noh kalau umno semua mengarut kalau pembangkang semua betul.PERGI MAMPOSSS LAH.
Post a Comment