BlogList Malaysia

15 November 2010

Setelah Gagal Hancurkan PKR Melalui Ejennya, Kini Umno Beralih Kepada PAS Pula

PKR dakwa Umno terdesak, tak rasa malu kerana terus ajak PAS

PKR menolak dakwaan bahawa parti itu membebankan PAS dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya menyifatkan Umno sebagai “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong” apabila terus-menerus mengajak parti Islam itu agar bersamanya dalam Barisan Nasional (BN).

Menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail (gambar), tindakan Umno itu jelas menunjukkan mereka terdesak kerana sudah mula kehilangan kepercayaan rakyat, yang kini lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP.

“PAS sudah tutup kerjasama dengan Umno, tapi Umno secara terang masih lagi ajak PAS untuk menyertai BN.

“Umno macam hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. PAS sudah lama menutup kerjasama perpaduan antara Umno dan PAS.


“Ini jelas menunjukkan betapa terdesaknya Umno untuk mendapatkan sokongan PAS. Lagipun kepimpinan PAS telah bersepakat untuk tutup isu kerjasama perpaduan dengan Umno,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini petang ini.

Malah, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, kerjasama antara semua parti komponen Pakatan Rakyat begitu kuat kerana masing-masing berpegang pada prinsip yang sama.

“PAS dah tolak, Umno masih lagi nak minang PAS, jadi saya minta supaya Umno tidak lagi mengajak PAS untuk menyertai BN.

“Sekarang terbukti PAS lebih baik bersama Pakatan Rakyat, kerjasama PAS, PKR dan DAP berpegang kepada prinsip.

“Kerjasama yang berterusan ini kuat dan kita akan sentiasa berusaha untuk memperkukuhkannya,” katanya.

Saifuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan terus mengajak PAS agar bersama parti teras BN itu daripada hanya bercita-cita mahu menggantikannya atau memintanya supaya berundur secara terhormat jika kalah dalam pilihan raya umum ke-13.

Malah Umno juga mendakwa kedudukan PAS akan lebih baik jika komponen Pakatan Rakyat itu bersama BN daripada terus berganding dengan PKR dan DAP.

“PKR dan DAP itu hanya membebankan PAS.

“PAS akan lebih baik bersama Umno-BN bukan bersama PKR dan DAP yang tidak sehaluan dengan PAS,” kata Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kelmarin Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Umno perlu bersikap terbuka dalam menerima kekalahan dalam pilihan raya, bukan dengan berusaha mencari taktik untuk menang dan bertindak macam di Perak tahun lalu.

8 Komen :

pakwe keazamanmalaysia.blogspot ,  November 15, 2010 at 9:36 PM  

umno ni penyakit...bejangkit2..satu virus

puakPAS ,  November 15, 2010 at 10:03 PM  

siapa pula nak jadi racun dalam PAS, aku rasa kita kena tanya zooNordin. Pejuang islam serba tahu, biar dia beritahu.

Anonymous ,  November 16, 2010 at 1:07 AM  

Jaga jaga Pas kini giliran anda diserang pula.

Anonymous ,  November 16, 2010 at 2:50 PM  

Apa-apapun PAS perlu ingat bahawa UMNO = Jalang tua berpenyakit yang tak reti nak bertaubat.

azman kamarul November 17, 2010 at 12:49 AM  

UMNO sekarang ibarat jalang tua pembawa AIDS yang menunggu saat untuk mampossss.
Memujuk rayu untuk menyebarkan penyakit....setelah gagal dengan jantan yang bernama PKR kini jalang tua ini sedang menyerang PAS pula....agaknya bila pula giliran DAP?
Kepada lelaki di dalam PR berjaga-jagalah dengan jalang tua ini.

Anonymous ,  November 17, 2010 at 1:17 AM  

Dengan PAS,UMNO tak ada masaalah kerana sudah tersedia Puak UG yang sedia membantu dari dalam.UMNO tak payah nak hantar "Trojan Horse" kedalam PAS sebab UMNO sudah pun ada ramai "rakan-rakan" dan "orang-orang harapan" dalam PAS.Puak UG ni,depan ahli-ahli PAS cakap lain,dalam gelap jumpa UMNO,cakap lain.Kalau sekali dah menipu,sudah tak boleh dipercayai lagi.

Anonymous ,  November 17, 2010 at 11:59 AM  

PAS memerlukan pemimpin yang garang dan berani seperti Mat Sabu yang sudah pasti tidak akan bekerjasama dengan UMNO/BN.

Anonymous ,  November 17, 2010 at 10:37 PM  

Anon 11.59am,

Bukan sahaja sekadar Mat Sabu tapi ramai lagi pemimpin-pemimpin muda(Tantawi tak masuk buku)yang berani,pintar berpolitik,berilmu dan punya kelayakan,wajar memimpin PAS.Malangnya gulungan ini dianggap "bukan ulamak".Tak tahu dan tak faham mengapa Presiden dan Tim.Presiden PAS mesti "ulamak" kerana dalam organisasi PAS sudah ada Majlis Syura Ulamak.Kita tidak menafikan kebolehan dan kemampuan ulamak tetapi untuk memimpin sebuah organisasi politik,ia memerlukan lebih dari ulamak.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas