BlogList Malaysia

07 November 2010

PAS Silap Pilih Kawan - Senatak

Kekaalahan Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas membuktikan penolakan rakyat terutamanya di Kelantan terhadap parti Islam itu, kata Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor.

Menurutnya, kredibiliti Pas dilihat kian luntur akibat sanggup mengetepikan prinsip agama yang sepatutnya diberi penekanan dalam perjuangan dan membela nasib rakyat, hanya semata-mata kerana kepentingan politik.

Katanya, tindakan Pas yang terus mengangkat manusia yang rendah nilai moralnya seperti Anwar Ibrahim (Datuk Seri) menjadi pemimpin walaupun semakin jelas petunjuk dan pendedahan dibuat mengenai siapa penasihat Parti Keadilan Rakyat itu dibuat, turut menjadi punca hilangnya kepercayaan penyokong Pas kepada parti itu.

“Kekalahan di Galas sebagai satu petunjuk kepada Pas dari rakyat supaya parti Islam itu tidak bersekongkol dengan pemimpin yang melampaui batas seperti Anwar Ibrahim.

“Pas juga hilang banyak pengaruh khususnya orang Melayu kerana turut bersekongkol dengan parti yang melampaui batas seperti DAP,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Beliau yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, DAP sejak ditubuhkan sentiasa melakukan pelbagai cubaan halus termasuk tindakan pemimpinnya yang dilihat yang mencemuh dan menghina asas perlembagaan yang memberi tempat utama kepada perjuangan Islam, Melayu dan Bumiputera.

Menurutnya, Pas yang sebelum ini mendakwa mendaulatkan Islam kini semakin dipengaruhi oleh DAP hingga mengetepikan prinsip Islam yang menjadi asas parti dengan menjadi ‘sahabat baik’ parti ini hanya kerana mahu merebut undi.

“Saya berharap dan berdoa kekalahan di DUN Galas memberi iktibar kepada Pas untuk tidak lagi menjadi kuda tunggangan kepada Anwar Ibrahim dan DAP yang ternyata sudah melampaui batas,” katanya.

1 Komen :

azman kamarul November 7, 2010 at 8:46 PM  

Mamat ni cuma tak kata begini saja "SEPATUTNYA PAS BERGABUNDG DENGAN UMNO BENGONG TU"

Pelut ada buncit, hati ala sinang ma!
Cakap pun sudah lain sikalang ma.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas