BlogList Malaysia

20 November 2010

Kasino PDRM

iSMAIL (duduk dua dari kiri) bersama pegawainya mendengar taklimat mengenai mock kasino di di Maktab PDRM di Cheras semalam. Duduk di sebelah Ismail Timbalan Presiden Eksekutif Operasi Resort Genting Malaysia Berhad, Kevin Sim Kia Ju.

Polis telah mewujudkan makmal kasino atau mock casino yang didirikan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras di sini bagi melatih pegawai dan anggotanya supaya menjadi pakar dalam menangani jenayah perjudian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, mock casino tersebut didirikan dengan peruntukan RM198,000 manakala peralatan dan kelengkapan perjudian bernilai RM110,000 disumbangkan oleh Genting Malaysia Berhad.


Menurut beliau, penubuhan makmal yang mirip kasino sebenar itu yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan perjudian seperti roullette, mesin slot dan cip bertujuan melatih pegawai JSJ menjadi pakar dalam judi.

"Ibarat untuk menangkap pencuri, perlu jadi pencuri," ujar Ismail.

Kata Ismail, sejak tahun 2000 sehingga 2009, seramai 318 pegawai telah dihantar menjalani kursus di makmal tersebut dan mereka telah diiktiraf sebagai pakar judi.

Ismail berkata demikian di Maktab PDRM ketika beliau memperkenalkan tiga inisiatif baru PDRM bagi memperkasakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam penyiasatan dan membanteras kegiatan jenayah.

Selain mock casino, dua lagi inisiatif baru yang diumumkan oleh Ismail ialah penerbitan buku manual Prosedur Operasi Standard (SOP) siasatan jenayah berat dan laman Portal JSJ Update.

3 Komen :

Anonymous ,  November 20, 2010 at 12:34 PM  

Praktis la tu, esok lepas bersara boleh jadi ahli lembaga pengarah syarikat judi. Paling koman pun jadi bonzer syarikat judi... ye tak?

cikgu Nizar November 20, 2010 at 1:03 PM  

apa masalahnya? jgn semua benda kita nak pertikaikan..

Anonymous ,  November 20, 2010 at 8:35 PM  

"Ibarat untuk menangkap pencuri, perlu jadi pencuri," ujar Ismail.

Ibarat untuk menangkap pencuri, perlu jadi pencuri,
Ibarat untuk menangkap penjudi, perlu jadi penjudi,
Ibarat untuk menangkap penyamun, perlu jadi penyamun,
Ibarat untuk menangkap perompak, perlu jadi perompak,
Ibarat untuk menangkap pembunuh, perlu jadi pembunuh,
Ibarat untuk menangkap penzina, perlu jadi penzina,
Ibarat untuk menangkap perogol, perlu jadi perogol,
Ibarat untuk menangkap perasuah, perlu jadi perasuah,
Ibarat untuk menangkap penipu, perlu jadi penipu,

Patutlah Malaysia jadi macam sekarang....

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas