MCA: Kami setia, tapi tak membuta tuli
Walaupun berikrar tidak berganjak daripada konsep perkongsian kuasa dalam BN, MCA menegaskan perkara itu tidak bermakna ia menjadi pengikut yang membuta tuli.
Presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, sepanjang 12 pilihan raya umum bersama BN dan pada masa akan datang, terdapat ketikanya MCA perlu mengambil pendirian yang berbeza.
"Namun begitu ini tidaklah berrmakna MCA akan menjadi pengikut yang membuta tuli.
"Sebaliknya kita akan terus bercakap secara jujur dan ikhlas akan apa yang kita rasakan perlu diperjuangkan untuk kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya," katanya.
Berucap merasmikan mesyuarat agung tahunannya ke-53 di Kuala Lumpur hari ini, Chua berkata, setelah berada di tampuk pemerintahan selama lebih 53 tahun, sudah tentulah terdapat kelemahan dalam parti itu.
Justeru tambahnya, MCA perlu menjadi sebuah parti yang sensitif kepada kehendak dan keperluan rakyat dan perlu terus menjadi suara mereka dalam kerajaan.
"Tetapi janganlah mempertikaikan atau mempersoalkan kesetiaan MCA kepada BN dan juga komitmen kami kepada perkongsian kuasa," kata Chua lagi.
"MCA hanya (perjuangkan) apa yang kita rasakan perlu diperjuangkan untuk kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya.
"(Kita) mempunyai satu agenda, iaitu untuk menjadikan BN sebuah parti yang menjadi pilihan rakyat."
10 October 2010
Umno Semakin Terpinggir
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment