BlogList Malaysia

14 October 2010

Sebab Istana Benci Dan Meluatlah Tu...

Perkasa mahu penjelasan Istana Kelantan lucut gelaran ‘Datuk’ ketuanya

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali memohon pihak Istana Kelantan supaya memberikan penjelasan mengenai penarikan pingat “Datuk” yang dikurniakan kepada ketua mereka Datuk Ibrahim Ali.

Syed Hassan berkata selama ini Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. begitu menghormati institusi diraja selain mempertahankan hak orang Melayu di negara ini.

“Beliau (Ibrahim) yang kami tahu merupakan seorang individu yang begitu lantang dan akan mengecam mana-mana pihak yang menghina kedaulatan raja-raja Melayu.

“Jadi saya mohon supaya pihak Istana dapat memberikan penjelasan kenapa gelaran Datuk itu ditarik balik kerana ia mendapat respon daripada ahl-ahli yang terkejut dengan keputusan tersebut,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Syed Hassan berkata, pihaknya tidak mahu mempersoalkan keputusan tersebut tetapi hanya mahukan penjelasan.


“Keputusan itu adalah hak istana, tapi saya tidak mahu ahli Perkasa yang majoriti orang Melayu memberi tanggapan terhadap pihak istana.

“Semalam dan hari ini saya telah mendapat banyak maklum balas daripada ahli yang ternyata kecewa dan sedih mengenai keputusan itu.

“Kalau betul presiden Perkasa telah melakukan penghinaan besar kepada institusi diraja, ahli boleh menemplak beliau,” katanya ketika ditemui selepas sidang media Perkasa di sini.

Istana Kelantan menarik balik pingat yang membawa “Datuk”, yang dikurniakan kepada Ibrahim berkuat kuasa semalam.

5 Komen :

azman kamarul October 14, 2010 at 8:33 PM  

Hebatnya Setiausaha Agung Perkasa ni....minta istana beri tunjuk sebab pulak dah!!!

Siapalah agaknya Seiusaha Agung Perkasa ni yer.....

Anonymous ,  October 14, 2010 at 10:54 PM  

hahaha lembu brahim katak dah berbunyi, aku dok sokong mana2 tp bg aku saper2 hok jd ahli dan ikut perkasa adalah manusia yang lebih bodo dr lembu sbb ketua dia brahim tu bodoh tahap lembu giler

Anonymous ,  October 15, 2010 at 12:26 AM  

Bila minta penjelasan, maknanya mempertikaikan . Dalam erti kata yg lain menderhakalah. Kenapa tak faham bahasa. Bodoh punya Perkasa.

Anonymous ,  October 15, 2010 at 8:34 AM  

KURANG AJAR...

Anonymous ,  October 15, 2010 at 7:55 PM  

dari ketua sampai ke ajk....semua bodoh tahap dewa...dulu pertahan sgt intitusi diraja,bila kena batang hidung depa yg awai nk lawan raja.... Daulat TUANKU......

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas