Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendedahkan berdasarkan buku belanjawan negera terdapat satu projek baru yang dipanggil sebagai 'pusara negara'.
“Ada projek baru yang namanya pusara negara, berapa lubang kubur (ada) 500 lubang kubur,
” 250 lubang kubur untuk VIP Islam dan 250 lubang kubur untuk VIP bukan Islam,”katanya ketika menyampaikan ceramah sempena sambutan Kelantan Membangun Bersama Islam di sini semalam.
Menurutnya, projek pusara negara tersebut akan dibangunkan dikawasan tanah bersebelahan Tugu Negara Kuala Lumpur.
Pembinaan pusara negara khusus untuk pembesar-pembear negara itu kata beliau akan menelan perbelanjaan dari wang cukai rakyat sebanyak RM70 juta.
" jumlah peruntukkan untuk buat pusara bagi pembesar-pembesar ini (adalah) RM70 juta, maknanya satu orang (pembesar) mati, harga kuburnya RM140,000," ujatrnya.
Oleh itu menurutnya, untuk meneruskan hidupnya, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak membelanjakan RM65 juta bagi membaik pulih kediaman perdana menteri di Putrajaya.
Manakala apabila matinya pemimpin-pemimpin negara, diperuntukkan pula sebanyak RM70 juta untuk membina kubur-kubur mereka.
"(pemimpin BN) hidup menyusahkan rakyat bila mati pun menyusahkan rakyat,"katanya
Namun begitu, jika dibandingkan dengan peruntukan untuk membangunkan seluruh masjid dan surau seluruh negara, kata Anwar, hanyalah RM14.3 juta.
http://syed-othman.blogspot.com
Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk
19 minutes ago
1 Komen :
ada soal atau azab kubur tak di kubur vip,atau malaikat yang datang tu boleh di rasuahkah?.ingat mati juga dia orang,,sampai kubur pun nak kubur vip..geng2 dia orang aje.
Post a Comment