BlogList Malaysia

25 October 2010

Liwat II: Karpal dijangka 'asak' doktor HKL

Kes perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Serin Anwar Ibrahim yang bersambung semula hari ini akan menyaksikan semua tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur disoal-balas oleh peguam bela, Karpal Singh.

Namun, susunan di antara ketiga-tiga mereka - doktor bedah am Dr Mohd Razali Ibrahim, patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dan pakar bedah Dr Khairul Nizam Hassan - akan dipanggil masih belum ditentukan.

Dua pakar dari Australia - profesor yang mengkaji jenayah dan pakar forensik, Dr David Wells serta pakar DNA Dr Brian McDonald - akan juga hadir bagi membantu pasukan pembelaan di Mahkamah Tinggi hari ini.

Pada sesi terakhir 14 Oktober lalu, Dr Siew, saksi ketiga memberi keterangan bahawa pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepadanya bahawa dia diliwat oleh seorang individu berprofail tinggi tanpa menggunakan kondom.

Dr Siew juga berkata siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.

Katanya, sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal.

"Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki,” katanya.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas