Tunggu tumbukan BN di PRU-13, Ku Nan beri Pakatan amaran
Di sebalik spekulasi kemungkinan pilihan raya umum tergempar dalam waktu terdekat, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Pakatan Rakyat (PR) agar “tunggu tumbukan kami” di gelanggang pilihan raya umum ke-13.
“Tunggu dan lihat, akan ada tumbukan,” jawab beliau berhubung soalan mengenai persiapan BN menghadapi saingan PR berdasarkan prestasi pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.
Pada 8 Mac 2008, BN tidak dapat mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan penguasaan lima kerajaan negeri diambil alih oleh PR.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno memberitahu, parti-parti pembangkang tidak tahu apa yang “kami lakukan.”
“Lebih baik kami mendiamkan diri,” katanya.
“Ada pihak yang mempersoalkan saya ini berbeza dariapda Tok Mat (Tan Sri Mohamed Rahmat) (kini Tun) Tan Sri Khalid Yaakob... saya memberitahu Tan Sri Khalid adalah Menteri Penerangan, Tok Mat pun Menteri Penerangan, mereka juga boleh bercakap mengenai kementerian. Apa kementerian yang saya ada? Saya sifar kementerian.
“Dan, lebih baik saya mendiamkan diri untuk merancang (kerja), saya tidak memberitahu, kalau saya beritahu pembangkang akan berwaspada, mengapa harus saya beritahu mereka, mengapa saya benarkan mereka (mengetahui apa yang kami lakukan).
“Saya mahu memerangkap mereka. Tunggu dan lihatlah, akan ada tumbukan,” kata beliau dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.
Kedua-dua Mohamed dan Khalil pernah memegang kedua-dua jawatan Setiausaha Agung Umno dan BN serta bertindak sebagai Menteri Penerangan.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Putrajaya ini mendakwa pihaknya juga merasakan bahawa persekitaran semasa sebenarnya tidak mencabar berbanding cabaran ‘sengit’ ketika pilihan raya umum 11 tahun yang lalu.
“Pada tahun 2004, saya ada di sini. Saya sudah melalui situasi lebih teruk pada 1998/99, kami berhadapan dengan reformasi jalanan, kami perlu menangani situasi itu.
“Kami berhadapan dengan masalah besar ketika itu berbanding sekarang,” katanya lagi.
Sehubungan itu menurut Tengku Adnan, “sekarang, bagi saya tiada masalah sebab tiada reformasi jalanan.”
“Orang cuba untuk mewujudkan, mencetuskan ketidakharmonian kaum kecuali cakap-cakap begitu dan menerusi media, tetapi secara fizikal tidak ada.
“Pada 1998, ia berlaku, setiap orang pada masa itu, anda mesti ingat, setiap orang... disebabkan karakter Anwar (Ibrahim), dalam Melayu orang kata ketaksuban kepada pemimpin, taksub kepada... malah pada 1999,” kata beliau.
Mengenai perbandingan dengan kemenangan pada pilihan raya umum 2004, kata Tengku Adnan, pihaknya telah membuat persiapan sebaik sahaja selesainya pilihan raya umum 1999.
“Selepas pilihan raya umum 1999, kami telah diminta oleh pucuk kepimpinan untuk bersiap menghadapi pilihan raya... kerja keras saya, pasukan Umno, kerja keras Tan Sri Khalil... itu yang menyebabkan menang besar (pada 2004),” kata beliau sambil menambah, ia juga hasil perubahan pucuk kepimpinan termasuk keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berundur.
Kata Tengku Adnan, Daim berhenti setahun sebelum Dr Mahathir atas permintaan pucuk kepimpinan dan permintaan itu dipenuhi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-11.
“Tetapi mereka yang mendapat kuasa selepas itu mereka tidak kisah,” katanya.
“Itu sebabnya saya berkata, anda mahu jadi ahli politik untuk apa? Untuk merombak? Maaflah, anda tidak akan bertahan lama, Akhirnya negara ini akan menjadi seperti di Amerika Latin dan beberapa negara lain di Afrika yang sudah ketinggalan,” katanya lagi.
Oleh itu, kata beliau, keputusan pilihan raya bergantung kepada bagaimana rakyat membuat pilihan dan percaya rakyat masa sekarang berfikiran terbuka untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk.
“Jadi, kami juga sedar, apabila mereka hendak mengajar kami pada 2008, mereka juga membuat kesilapan.
“Pada masa itu mereka juga tiada pilihan, mereka tiada pilihan, kalau ada pilihan baik sudah tentu memberikan pilihan terbaik, bukannya DAP, bukan parti Anwar (PKR), atau PAS, mereka tiada pilihan selepas BN, mereka tiada pilihan,” katanya.
DAP, PKR dan PAS membentuk PR.
Tengku Adnan menambah, pihaknya berusaha untuk memenuhi keyakinan rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.
“Kita juga ada kekurangan, sebagaimana anda katakan tadi pada 2004, kita menang besar pada 2004 disebabkan perubahan kepimpinan dan dari 1999, pasukan kami bekerja (kuat).
“Inilah masalah yang kami hadapi tetapi pokoknya, kami kena berubah,” kata Tengku Adnan yang turut menekankan bahawa beliau secara peribadi cuba mendampingi setiap bahagian untuk memberi panggilan “bangun kembali” demi memperbaiki kedudukan.
Tengku Adnan juga mengakui walupun parti-parti utama dalam BN merupakan entiti yang berstruktur, tetapi apa yang penting ialah kuasa untuk berkhidmat.
“Kalau ada parti politik dan jika tiada kuasa, kita tidak akan berfungsi dengan baik... itu sebabnya rakyat menguji (Lim) Guan Eng di Pulau Pinang, (Tan Sri) Khalid di selangor.
Lim Guan Eng dan Tan Sri Khalid Ibrahim masing-masing menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor yang jatuh ke tangan PR pada 8 Mac 2008.
19 October 2010
Kena Tumbuk Kot..!!
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
bn
,
tengku adnan
,
umno
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 Komen :
kah,kah,kah........(gelak terguling-guling)
Dia tak nak bagi tahu tapi nak heboh-heboh sahaja. Tu sebab dah ada orang gelak terguling-guling. Boleh percaya ke ?. Orang UMNO ni bukan kita tak tahu, kalau tak heboh-heboh tu tentu kerja yang tak sah lakunya.
Pemimpim Umno yang sifar kementerian ini dah mula kenen kat bos yang dia bukan duduk diam, tapi sedang buat kerja diam-diam. Merbahaya tu Tengku. Nanti ada pulak sepai-13 UMNO salah buat tafsiran. Jangan-jangan nak kata First Lady yang datang dari Afrika tu mundur negaranya tak ?. Patutlah macam tu .... Tak kisahlah asal jangan tumbuk rusok pemimpin PKR sudahlah.
Post a Comment