Ibrahim Ali akan dibedah jantung Isnin ini
Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali kini dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana masalah jantung.
Beliau yang juga adalah presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa malaysia (PERKASA) dijadual jalani bedah jantung Isnin ini.
Pada 13 Oktober lalu, Ibrahim ketika dibidas pelbagai pihak kerana didakwa gagal berdiri ketika Dewan Rakyat bertafakur menghormati kematian wakil rakyat Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah mendakwa tindakannya itu kerana kakinya kebas.
Katnya, ia akibat penyakit kencing manisnya dan rawatan perubatan yang diterimanya itu menyebabkannya seringkali mengantuk dan kadang-kadang sengal-sengal di kaki.
"Saya ada kencing manis, jadi kadang-kadang mata saya berair, kaki saya kebas dan kalau tak ada kawan saya mungkin tertidur."
Tidak dapat dipastikan sama ada tekanan yang dihadapinya sejak akhir-akhir termasuk tindakan Istana Kelantan Rabu lalu yang melucutkan gelaran 'Datuk Paduka' ke atasnya itu menyumbang kepada masalah kesihatannya.
Pingat Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan, (DJMK) itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.
Walaupun pingatnya ditarik balik oleh Sultan Kelantan sekarang, namun Ibrahim masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.
16 October 2010
Inchek Katak Sakit Jantung.. KahKahKah
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
ibrahim ali
,
perkasa
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
3 Komen :
kah kah kah!
ini cerita sensasi, biasanya katak mati dipijak lori atau ditelan ular. Hari ini katak nak mati kena lemah jantung.
ajaib sungguh dunia ini ....
KITA SEBAGAI PENYOKONG PK TIDAK PATUT BERKATA KATA BEGITU MEMALUKAN SAJA KITA PATUT MENDOAKAN SEMOGA BELIAU CEPAT SEMBUH APA KATA KALAU TERJADI PADA KELUARGA KITA SENDIRI NAK KETAWA JUGAK KE ANDA FIKIRLAH SENDIRI SALAM
KATAK SAKIT JANTUNG TETIBA NI AP HAL?
OPPPPPSSS!! INI MASTI KES GELARAN DATUK DIA DAH KENA TARIK BALIK OLH ISTANA KELANTAN...
HAI ENCEK IBRAHIM...TAK KAN LAH PASAL "DATUK" BOLEH SKT JANTUNG PLAK...BELUM LG MEMIKIR MSLH NEGARA!!!
Post a Comment