Sultan Mohamed Ke V Tarik Gelaran Dato' Dari Ibrahim Ali
BERITA yang menjadi bualan hangat di Pasir Mas khasnya dan di seluruh negeri Kelantan hingga ke Galas hari ini ialah penarikan balik gelaran Dato' yang dianugerkan kepada Ibrahim Ali oleh Sultan Kelantan. Penarikan balik itu dibuat oleh Sultan Mohamad Ke V. Perkara ini diumumkan dalam satu kenyataan rengkas oleh Pejabat Sultan dan dipetik beberapa blog dan protal berita.
Dari konteks Kelantan Ibrahim tidak lagi bergelar Dato'. Jadi mulai hari ini bolehlah ramai-ramai panggil Inchek saja, seperti mana saya panggil sebelum ini, Inchek Ibrahim. Saya sudah memanggil Ibrahim sebagai Inchek Ibrahim sejak beberapa bulan lalu.
Bagaimana pun di luar Kuala Lumpur Inchek Ibrahim boleh lagi dipanggil Datuk. Saya faham dia masih ada dua gelaran Datuk, satu dari Melaka dan satu lagi dari Selangor. Datuk dari Melaka adalah terawal diterimanya tetapi beliau jarang menggunakan Datuk itu kerana nilainya dikata rendah berbanding Dato' Kelantan.
Datuk dari Melaka diterima semasa Rahmim Taby Chik menjadi Ketua Menteri Melaka.
Menganihkan juga penarikan gelaran Dato' ini kerana Inche Ibrahim yang juga Presiden kepada sebuah NGO dikatakan sangat memperjuangkan institusi raja-raja dan Melayu. Dalam pada itu Jumaat lepas beliau dilaporkan telah berjumpa dengan bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra. [wm.kl.11:00 am 13/10/10]- mso
13 October 2010
Inchek Ibrahim Ali.. KahKahKah
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
ibrahim ali
,
kelantan
,
raja melayu
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
Gelaran ayah dan bonda pun boleh di tarik inikan pula ibrahim ali.
Post a Comment