BlogList Malaysia

30 September 2010

Tingkahlaku Ahli PKR Memalukan Pakatan Rakyat..

Pemilihan partipun bergaduh sampai tahap berbunuh. Macam nie punya perangai dan tingkah laku, ada hati nak perintah Malaysia..?? Khark Ptuih..

SUNGAI PETANI - “Saya diugut, diancam dan dihamburkan kata-kata kesat oleh beberapa perwakilan sejurus selepas pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Merbok dibatalkan pengawas,” kata Exco Kerajaan Negeri, S Manikumar mengimbas suasana kecoh pemilihan cabang Merbok Jumaat lalu yang akhirnya terpaksa tangguhkan berikutan keadaan tidak terkawal.

Beliau yang bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang bersaing dengan Naib Ketua Cabang, Muhtar Ismail berkata, mesyuarat yang bermula jam 10 pagi dan dijalankan serentak dengan proses pemilihan pada asalnya berjalan lancar sehingga peringkat perasmian yang disempurnakan Pengerusi PKR negeri, Ahmad Kasim bersama Timbalan Pengerusi, Wan Salleh Wan Isa.

Bagaimanapun kata Manikumar, sekitar jam 11 pagi, beberapa ahli parti datang menemuinya mengadu terdapat unsur mencurigakan berlaku sewaktu proses pemilihan.

“Berdasarkan maklumat itu, saya lantas menghubungi ketua pengawas pemilihan untuk berbincang dan kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan proses pengundian seperti biasa kerana beranggapan ianya tidak serius dan pengundian lebih sekadar konsep pemilihan keluarga.


“Namun, sekitar jam 1 petang, sekumpulan penyokong saya datang membuat aduan yang sama lalu saya panggil semula ketua pengawas pemilihan untuk mendedahkan perkara tersebut,”katanya.

Manikumar berkata, sewaktu perbincangan kedua antara beliau dengan ketua pengawas pemilihan berlangsung, tiba-tiba seorang daripada tiga pengawas lain datang dan mengakui ada perkara yang tidak kena dalam proses pemilihan yang sedang berlangsung ketika itu.

Terkejut dengan pengakuan itu, Manikumar meminta pengawas berkenaan mengemukakan bukti kesalahan yang dilakukan oleh sekumpulan individu tertentu.

“Beliau memberikan lima perkara, antaranya ada pihak tertentu menyimpan banyak kertas undi kosong di belakang peti undi, kertas undi yang hanya diserahkan pada saat pengundian dibawa keluar daripada bilik mengundi lebih awal, nombor undian calon bertanding yang seharusnya dirahsiakan telah didedahkan lebih awal dan yang terakhir, ada sesetengah pengawas tolong mengundi bagi pihak pemilih,” katanya.

Berikutan itu, kata Manikumar, ketua pengawas membuat keputusan untuk membatalkan terus pemilihan pada hari itu.

“Selepas pengumuman itu, ada sekumpulan ahli yang menyerbu ke arah ketua pengawas dan memprotes secara liar. Mereka bertindak ganas dengan membaling kerusi dan meja, menumbuk meja, menggunakan kata-kata kesat malah menuding jari ke arah muka saya berserta ugutan,” katanya.

Manikumar berkata, kemuncak pada ancaman itu ialah ketika beliau mahu beredar meninggalkan tempat tersebut, seorang daripada ahli kumpulan itu membuka pintu keretanya sambil mengugut: “Jaga hang! Aku akan cari hangpa (merujuk pada keluarganya) seorang-seorang...”

Berikutan kejadian itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini pada jam 1.45 petang hari yang sama.

“Saya berasa bimbang akan keselamatan keluarga saya selepas mendengar ugutan itu,” katanya.

Manikumar mengesyaki penyelewengan itu dilakukan pihak tertentu yang bermotif peribadi serta disokong oleh orang tertentu di dalam parti.

Selain kekecohan itu, pemilihan PKR Cabang Merbok turut mendapat perhatian apabila Ketua Cabang sebelum ini, Datuk Rashid Din yang juga Ahli Parlimen Merbok menarik diri daripada mempertahankan jawatan dengan memberi laluan kepada Saiful Izham Ramli.

2 Komen :

otaklunyai September 30, 2010 at 11:50 AM  

kita jangan lupa dan terpedaya dengan perkara begini.. sebab kita pun telah maklum kebanyakkanya dalam PKR ni dulu orang2 Bee End... mereka dah terbiasa dengan perangai hodoh dan kurang ajar begitu. dah jadi darah daging... masih ramai yang masuk PKR dengan otak Bee End... mereka masih lagi harap nak dapat projek dapat rekomen itu dan ini dan macam2 lagi yang dia harap ... bukannya nak berjuang sangat.. jadi PKR kena lebih berhati2.. kalau dah tak boleh tarbiah puak2 ni tendang aje keluar daripada menjadi kudis buta dalam parti. orang2 begini tak guna pun.. Proses nak bersihkan parti dari daki2 Bee End ni masih panjang... So pihak PKR perlu lebih bijak mengatur mereka ni...

Anonymous ,  October 7, 2010 at 12:32 AM  

Manikumar penipu paling besar ..

teruskan lah menipu kami rakyat merbok , behentilah menunding jari , tuhan maha mengetahui dan kami rakyat merbok juga tahu apa yg belaku.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas