Tun Zaki Azmi dilihat keberatan menyahut cabaran Karpal Singh untuk meletak jawatan sebagai Ketua Hakim Negara berikutan dakwaan rasuah terhadapnya sebelum menyandang jawatan itu.
Pada sidang media sempena perasmian Mahkamah Maritim di bangunan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, beliau tidak menjawab secara jelas soalan wartawan berhubung cabaran Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.
"Saya tidak mahu komen apa-apa," katanya.
Sebelum ini, Karpal mencabar Zaki meletak jawatan atau kes rasuah yang didakwa berlaku lama sebelum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, akan dibawa ke Parlimen yang dijadual bersidang Oktober ini.
Selain itu, beliau juga enggan mengulas mengenai isu peguam yang terlibat dalam perbuatan jenayah.
Wanita buang air besar pada rak kedai diburu polis
3 minutes ago

0 Komen :
Post a Comment